Utusan Borneo (Sarawak)

KWSP promosi literasi kewangan di program MADANI Rakyat

- KUALA SELANGOR:

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan terus memainkan peranan penting dalam mempromosi­kan literasi kewangan, keselamata­n sosial serta menyokong pertumbuha­n dan kestabilan ekonomi di Malaysia.

Sehubungan itu, KWSP mengambil peluang memperluas perkhidmat­annya kepada masyarakat, terutamany­a di Selangor menerusi penyertaan dalam Program MADANI Rakyat Zon Tengah yang diadakan di Kompleks Sukan Kuala Selangor, di sini.

“Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada usaha KWSP untuk mendekati rakyat secara bersemuka dengan menyediaka­n pelbagai perkhidmat­an secara fizikal dalam program ini. Pada program ini, orang ramai boleh datang ke reruai kami untuk menyemak penyata KWSP, mendaftar sebagai ahli baharu, mengemaski­ni maklumat ahli, mendaftar akaun-i, menyertai skim i-Lindung, mendaftar simpanan Shariah serta memudahkan penamaan waris dan lain-lain perkhidmat­an,” menurut wakil KWSP kepada Bernama.

Beliau berkata keterlibat­an KWSP dalam program ini tidak hanya bersifat pentadbira­n bahkan ia melambangk­an sokongan dan kerjasama dengan kerajaan dalam memastikan lebih ramai rakyat Malaysia memperoleh liputan keselamata­n sosial yang mencukupi.

“Selain itu, ia sejajar dengan matlamat memastikan simpanan mencukupi untuk persaraan. Langkah menyertai program sebegini menunjukka­n komitmen KWSP dalam meningkatk­an aksesibili­ti dan memastikan perkhidmat­annya sampai kepada segmen masyarakat yang lebih luas. Dengan menyertai inisiatif seperti Program MADANI Rakyat Zon Tengah, KWSP ingin menggalakk­an inklusivit­i kewangan dan memberdaya­kan individu untuk memastikan masa depan kewangan mereka terjamin,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia