Utusan Borneo (Sarawak)

Dua bot kargo bawa barang kawalan tanpa permit ditahan

- Oleh Hamzah Sanudin

Dua bot kargo ditahan selepas didapati membawa pelbagai muatan barang kawalan tanpa permit dalam dua pemeriksaa­n berasingan di perairan daerah ini, semalam.

Kedua-dua bot kargo yang dikendalik­an juragan tempatan itu ditahan bot peronda Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) yang sedang menjalanka­n Ops Tiris dan Ops Pluto Timur.

Pengarah Zon Maritim Tawau, Kepten Maritim Shahrizan Raman berkata, bot kargo pertama ditahan selepas dikesan dalam keadaan mencurigak­an bergerak laju dari perairan Tawau menuju ke kawasan sempadan Malaysia-Indonesia kira-kira 1.45 petang.

Katanya, pemeriksaa­n awal ke atas bot yang ditahan di kedudukan 0.6 batu nautika utara muara Sungai Melayu, mendapati seorang juragan berusia 24 tahun membawa muatan 1,000 kilogram beras putih.

“Muatan lain iaitu 561 kilogram minyak masak peket, 325 liter bahan api jenis petrol, 48 kilogram gula pasir dan empat tong gas petroleum cecair (LPG).

“Sebuah lagi bot kargo ditahan di kedudukan 1.0 batu nautika selatan Kuala Sungai Tawau, pada jam 2.30 petang, hari yang sama,”

katanya dalam kenyataan media, semalam.

Menurutnya, pemeriksaa­n bot kargo kedua itu menemukan 10 tong bahan api jenis diesel kira-kira 250 liter, lapan tong berisi 200 liter petrol.

“Turut ditemukan 72 botol minuman keras pelbagai jenama dan 33 karton rokok tidak bercukai yang dibawa oleh seorang juragan berusia 32 tahun.

“Pemeriksaa­n dokumentas­i ke atas kedua-dua bot kargo itu mendapati juragan terbabit gagal mengemukak­an sebarang permit serta lesen

yang sah berkaitan barang kawalan yang dibawa,” katanya.

Katanya, kedua-dua juragan, bot serta muatan itu ditahan dan dibawa ke Jeti Zon Maritim Tawau sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat Zon Maritim Tawau.

“Semua barangan termasuk bot kargo, enjin bot dan muatan barangan disita dengan nilai keseluruha­n rampasan dianggarka­n berjumlah hampir RM100,000.

“Kes disiasat mengikut Enakmen Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah,

Akta Kawalan Bekalan 1961 serta Akta Kastam 1967,” katanya.

Sementara itu, Shahrizan berkata pihaknya akan terus memberi perhatian kepada kes-kes penyeludup­an barang kawalan yang kerap berlaku di kawasan sempadan MalaysiaIn­donesia.

“Walaupun pelbagai taktik digunakan oleh sesetengah peniaga bagi mengaburi pihak berkuasa, Maritim Malaysia akan terus memastikan sindiket penyeludup­an di sempadan dibanteras.

 ?? ?? TANGKAP: Salah seorang juragan yang membawa barang kawalan tanpa permit ditahan dalam operasi berkenaan.
TANGKAP: Salah seorang juragan yang membawa barang kawalan tanpa permit ditahan dalam operasi berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia