Utusan Borneo (Sarawak)

PKS Sabah diminta teruskan program outreach

Kerajaan akan sentiasa memberikan bantuan untuk memperkasa pengusaha PKS

- Oleh Yap Siong Han

KOTA KINABALU: Perusahaan Perindustr­ian Kecil dan Sederhana (PKS) Sabah diminta terus melaksanak­an program outreach khususnya kawasan luar dari bandar raya ini.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Dr Joachim Gunsalam berkata, usaha itu akan memberikan manfaat kepada Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (MSME) di seluruh negeri ini.

“Saya memberikan jaminan kerajaan menerusi Kementeria­n Kerajaan Tempatan dan Perumahan (KKTP) akan memberikan bantuan sewajarnya. Saya sebagai Menteri KKTP sanggup membantu anda sekiranya memerlukan,” katanya ketika merasmikan Majlis Tahun Baharu Cina dan Chap Goh Mei 2024 PKS Sabah di sini, semalam.

Joachim juga memuji usaha dilakukan Pengasas merangkap Presiden PKS Sabah Prof. Datuk Foo Ngee Kee atas komitmen beliau terhadap pembanguna­n serta sokongan kepada pelbagai program yang diadakan kerajaan.

“Terima kasih juga diucapkan kepada Foo kerana PKS Sabah sering memberikan cadangan bernas untuk menyelesai­kan cabaran-cabaran yang dihadapi MSME dan PKS Sabah,” katanya.

Sementara itu, Foo dalam ucapannya berkata, para hadirin yang terdiri daripada pemain PKS perlu memanfaatk­an majlis makan tengah hari itu dengan membina rangkaian perniagaan di antara satu sama lain.

Katanya, pelbagai agensi kerajaan berkaitan serta peniaga dari Sabah, Semenanjun­g dan Brunei hadir dalam majlis itu.

“Oleh itu, ambil peluang untuk untuk membina rangkaian perniagaan untuk membangunk­an perniagaan masing-masing. PKS Sabah juga menghargai semua sokongan yang diterima daripada para penaja seperti agensi kerajaan, institusi kewangan, Penasihat Kehormat PKS Sabah, ahli dan banyak lagi,” katanya.

Hadir sama ialah Menteri Pembanguna­n Perindustr­ian dan Keusahawan­an Datuk Phoong Jin Zhe.

 ?? ?? ALBUM: Joachim (tengah), Foo (dua kiri), Phoong (dua kanan) serta tetamu kehormat lain merakamkan gambar kenangan.
ALBUM: Joachim (tengah), Foo (dua kiri), Phoong (dua kanan) serta tetamu kehormat lain merakamkan gambar kenangan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia