Utusan Borneo (Sarawak)

Bekas tukang cuci menang RM1 juta Cabutan Jutawan BSN SSP

-

Seorang bekas tukang cuci merancang mengerjaka­n umrah dan haji selepas menang Cabutan Jutawan Bank Simpanan Nasional Sijil Simpanan Premium (BSN SSP) yang ke-96.

Mohd Nazri Abd Wazir, 61, dari Parit berkata pada mulanya beliau tidak percaya apabila menerima panggilan daripada pihak BSN pada 5 Februari lepas memaklumka­nnya sebagai pemenang cabutan bertuah berkenaan dengan hadiah RM1 juta.

Anak ketiga daripada tujuh beradik dan masih bujang itu mula menyimpan dalam BSN sejak 2003 untuk menabung bagi tujuan kecemasan.

“Selain merancang untuk mengerjaka­n haji dan umrah bersama ibu saya yang berusia 84 tahun, saya juga akan menggunaka­n wang ini untuk perbelanja­an harian.

“Pada mulanya saya hanya mencuba nasib kerana cabutan bertuah yang dimenangi ini merupakan sijil yang saya beli pada tahun lepas,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menerima replika cek hadiah tersebut pada majlis yang turut dihadiri Pengarah BSN Perak Mazlan Mat Jalil di sini semalam.

Mohd Nazri berkata beliau memilih membuat simpanan dalam BSN SSP kerana berminat dengan hadiah lumayan yang ditawarkan dan juga tawaran dividen tinggi kepada penyimpan.

Sementara itu, pemenang cabutan ulang tahun BSN ke-50, Mohd Nasir Abdullah, 57, dari Kampung Gajah berkata beliau tidak menyangka sama sekali apabila terpilih menerima hadiah cabutan bertuah bernilai RM50,000.

“Saya mula menyimpan dalam BSN sejak bujang lagi, namun sertai cabutan ini pada Jun tahun lalu. Wang yang saya menangi ini akan dimanfaatk­an untuk tiga anak yang masih belajar,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TUAH BADAN: Mohd Nazri (dua kiri) mahu mengerjaka­n umrah dan haji bersama keluargany­a selepas menjadi pemenang Cabutan Jutawan BSN SSP yang ke-96 di Ipoh, semalam.
— Gambar Bernama TUAH BADAN: Mohd Nazri (dua kiri) mahu mengerjaka­n umrah dan haji bersama keluargany­a selepas menjadi pemenang Cabutan Jutawan BSN SSP yang ke-96 di Ipoh, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia