Utusan Borneo (Sarawak)

Titah sulung Sultan Ibrahim tumpuan Istiadat Pembukaan Parlimen Isnin depan

-

Titah sulung Sultan Ibrahim selepas dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong pada 31 Januari lepas, bakal menjadi tumpuan pada Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen ke-15, Isnin depan (26 Februari).

Disiarkan secara langsung pada 10 pagi menerusi siaran rasmi dan platform dalam talian, ucapan Seri Paduka bukan sekadar dinantikan Ahli Parlimen, tetapi juga rakyat yang ingin mengetahui inti pati Titah Diraja.

Sebelum urusan Titah Diraja berlangsun­g di dalam Dewan Rakyat, Yang diPertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah dijadual berangkat ke Dataran Parlimen bagi istiadat pemeriksaa­n kawalan kehormat.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim serta kedua-dua timbalan perdana menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Dato Sri Fadillah Yusof; barisan jemaah menteri serta ketua perwakilan asing turut dijadual menghadiri istiadat berkenaan.

Berdasarka­n takwim di laman rasmi Parlimen, persidanga­n kali ini akan berlangsun­g 19 hari dengan tumpuan utama adalah perbahasan Titah Diraja oleh Ahli-ahli Parlimen dari 27 Feb hingga 7 Mac diikuti jawapan daripada kementeria­n berkaitan selama empat hari bermula 11 Mac.

Persidanga­n Dewan Rakyat kemudian diteruskan dengan pembentang­an rang undang-undang antaranya Rang Undang-Undang (RUU) Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (RUU 355).

Selain itu, rang undangunda­ng bagi merealisas­ikan penubuhan sebuah agensi tunggal sempadan negara (SBA) turut dijangka dibentang di Parlimen pada suku pertama tahun ini.

Penubuhan SBA seperti diumumkan Perdana Menteri ketika pembentang­an Belanjawan 2024 adalah sebahagian daripada inisiatif memperkuku­h tahap kesiapsiag­aan pertahanan dan keselamata­n negara.

Minggu pertama sidang

Dewan Rakyat juga dijangka melibatkan prosiding berhubung pengurusan pelaksanaa­n projek Sistem Tol Aliran Pantas Pelbagai Lorong (MLFF) oleh Jawatankua­sa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

Kali terakhir Dewan Rakyat bersidang adalah pada 30 November tahun lepas. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia