Utusan Borneo (Sarawak)

Agrobank sasar 200 usahawan seluruh negara sertai program AUM tahun ini

- KOTABHARU:Agrobank

tahun ini menyasarka­n penglibata­n 200 usahawan dari seluruh negara dalam program Agrobank Upward Migration (AUM) khusus bagi meningkatk­an kapasiti perniagaan ke tahap lebih baik dan berdaya saing.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank Datuk Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin berkata, objektif utama program itu adalah bagi mengenal pasti serta membimbing usahawan mikro kecil dan sederhana meningkatk­an perniagaan yang diceburi mereka.

“Program berstruktu­r selama 12 bulan ini meliputi empat kali sesi latihan iaitu secara fizikal atau dalam talian, dan empat kali sesi bimbingan di premis usahawan.

“Antara modul yang dibekalkan kepada usahawan adalah Seni Urus

Kewangan, Pemasaran, Penetapan Sasaran Syarikat dan Urus Bisnes Gaya Korporat,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Aspirasi Kecemerlan­gan Perniagaan Peserta AUM Peringkat Negeri Kelantan, di sini semalam.

Mengulas lanjut, Tengku Ahmad Badli Shah berkata bagi program AUM di Kelantan, 44 daripada 55 syarikat yang menyertain­ya berjaya merekodkan peningkata­n hasil jualan pada tahun lepas membabitka­n jumlah RM22.66 juta.

“Selain itu, enam syarikat berjaya dibimbing dan dibantu mendapatka­n pembiayaan tambahan daripada Agrobank membabitka­n jumlah keseluruha­n hampir RM2.5 juta,” katanya.

Sementara itu, seorang peserta Nor Azlini Awang Ngah, 44, berkata terlalu banyak inisiatif yang ditawarkan oleh Agrobank kepada para usahawan untuk mengembang­kan perniagaan dan menjana pendapatan.

“Selain jumpa dengan rakan perniagaan yang baharu, saya juga dapat belajar pelbagai ilmu dengan Agrobank kerana kursus dan modul yang diberikan itu bukan sahaja secara dalam talian tetapi ada juga wakil mereka datang ke premis untuk mengajar saya dengan lebih dekat secara percuma.

“Saya harap mana-mana usahawan yang ingin kembangkan perniagaan mereka boleh sertai program AUM yang disediakan Agrobank kerana ia sangat berbaloi dan mampu membantu kita mengatasi masalah yang dihadapi dalam perniagaan seperti pemasaran dan sebagainya,” kata usahawan pengedar beras itu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia