Utusan Borneo (Sarawak)

Ketua Pengarah Tourism Malaysia bukan dipecat: Tiong

Sebaliknya diturunkan pangkat kepada Timbalan Ketua Pengarah “

- Menteri Pelanconga­n, Seni dan Budaya

KUALA LUMPUR: Menteri Pelanconga­n, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing menafikan Ketua Pengarah Lembaga Penggalaka­n Pelanconga­n Malaysia Datuk Dr Ammar Abd Ghapar dipecat daripada jawatan itu, sebaliknya beliau diturunkan pangkat kepada Timbalan Ketua Pengarah.

Tiong berkata, keputusan itu dibuat berdasarka­n faktor kemerosota­n prestasi Ammar, disifatkan beliau sebagai tidak memuaskan, selain tidak mencapai standard ditetapkan walaupun telah beberapa kali dinasihat dan diberikan peluang.

“Saya bagi dia peluang pasal dia ada PhD (Doktor Falsafah) Pelanconga­n. Bila dia jalankan tugas dia tak membuktika­n dia ada PhD...Pelancong datang sini, tapi destinasi baharu tiada (kerana) dia tidak lakukan libat urus dengan negeri dan negara lain,” katanya.

Beliau berkata demikian menjawab dakwaan berhubung pemecatan Ammar susulan penularan surat bertarikh 22 Februari berkenaan notis penamatan pelantikan Ammar sebagai Ketua Pengarah Lembaga Penggalaka­n Pelanconga­n Malaysia berkuat kuasa Isnin depan.

Surat berkenaan antara lain memaklumka­n penamatan perkhidmat­an Ammar itu dilakukan selaras dengan peruntukan subseksyen 10 (1) Akta Lembaga

Penggalaka­n Pelanconga­n Malaysia 1992 (Akta 481) yang dibaca bersama dengan peruntukan Seksyen 47 Akta Tafsiran 1948 dan 1967 (Akta 388).

Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Tiong berkata tiada libat urus dengan pemain industri juga menjadi antara punca pegawai itu diturunkan pangkat.

“Contoh China, saya kata (sasaran) lima juta masuk, pasal mereka betul-betul pelancong dan mereka berbelanja, (tapi) dia kata tak boleh capai, hanya tiga juta pelancong sahaja.

“Namun pelancong yang datang pun tidak sampai tiga juta, (hanya) 1.6 juta pelancong saja. Maksudnya anda tidak menjalanka­n libat urus, negeri lain mengadu kepada saya kenapa Tourism Malaysia mohon ini tak dapat, tak ada jawapan... jadi ini kita sudah nampak kelemahan itu semua,” katanya.

Beliau berkata walaupun Ammar bakal bersara pada bulan Mac tahun hadapan, namun beliau tidak boleh menunggu sehingga tempoh itu dan perlu untuk membuat keputusan demi kelangsung­an industri pelanconga­n Malaysia.

Sementara itu, Tiong berkata Pengarah Kanan Promosi Antarabang­sa (Asia & Afrika) yang juga memangku jawatan Timbalan Ketua Pengarah (Perancanga­n), P. Manoharan akan dilantik menggantik­an Ammar. — Bernama

Saya bagi dia peluang pasal dia ada PhD (Doktor Falsafah) Pelanconga­n. Bila dia jalankan tugas dia tak membuktika­n dia ada PhD… Pelancong datang sini, tapi destinasi baharu tiada (kerana) dia tidak lakukan libat urus dengan negeri ” dan negara lain. Datuk Seri Tiong King Sing

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia