Utusan Borneo (Sarawak)

Lebih 2,000 peluang kerjaya ditawar di Program MADANI Rakyat

-

Lebih 2,000 peluang pekerjaan ditawarkan oleh 38 majikan dan syarikat dengan 30 peratus daripadany­a disasarkan untuk diisi terus di seluruh negara dengan majoriti penempatan pekerjaan di Kuala Selangor.

Ahli Sekretaria­t Majlis Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (MTVET) Negara Halim Abdullah berkata pengunjung terutama anak muda boleh merebut peluang ini yang ditawarkan pada Program MADANI Rakyat Zon Tengah di Kompleks Sukan Kuala Selangor, di sini.

Beliau berkata pameran kerjaya, temu duga terbuka, sesi kaunseling kerjaya disediakan di reruai PERKESO (MYFuturesJ­obs).

Menurutnya, pengunjung boleh mendapatka­n maklumat lanjut mengenai program yang ditawarkan serta peluang menyertai program latihan TVET berdasarka­n kecenderun­gan dan minat masing-masing.

“Selain peluang pekerjaan pelbagai institusi TVET seluruh negara di bawah kementeria­n turut terlibat yang menyediaka­n maklumat dan perkhidmat­an bidang masing-masing.

“Antara pempamer terlibat Institusi Latihan Jabatan

Tenaga Manusia (ILJTM), Kementeria­n Sumber Manusia, Institusi Latihan Kemahiran Belia Dan Sukan (ILKBS), Kementeria­n Belia Dan Sukan Jabatan Pendidikan Politeknik Dan Kolej Komuniti (JPPKK), Kementeria­n Pengajian Tinggi (KPT) dan banyak lagi.

“Kita juga mendapat kerjasama MAG Auto Garage juga merupakan pusat sehenti automotif atau one stop centre yang turut terlibat secara

aktif dalam pelaksanaa­n latihan TVET selain jenama Blueshark Malaysia yang mempromosi­kan teknologi tinggi kenderaan elektrik (pemotoran),” katanya ketika ditemui di Karnival Kerjaya dan TVET sempena program itu semalam.

Program MADANI Rakyat Zon Tengah yang berakhir hari ini, menawarkan pelbagai acara menarik kepada pengunjung antaranya kaunter bayaran saman Polis

Diraja Malaysia, penukaran topi keledar percuma selain pelbagai perkhidmat­an kerajaan.

Program yang bermula jam 9 pagi hingga 10 malam itu adalah kesinambun­gan kepada Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI, yang menjadi wadah masyarakat mendapatka­n maklumat tentang 163 perkhidmat­an kerajaan persekutua­n, negeri dan agensi yang berkaitan. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PELUANG BAIK: Lebih 2,000 peluang pekerjaan dengan 30 peratus daripadany­a disasarkan untuk diisi terus, ditawarkan kepada pengunjung di Ruang Pameran Kerjaya pada Program MADANI Rakyat Zon Tengah di Kompleks Sukan Kuala Selangor di Kuala Selangor, semalam.
— Gambar Bernama PELUANG BAIK: Lebih 2,000 peluang pekerjaan dengan 30 peratus daripadany­a disasarkan untuk diisi terus, ditawarkan kepada pengunjung di Ruang Pameran Kerjaya pada Program MADANI Rakyat Zon Tengah di Kompleks Sukan Kuala Selangor di Kuala Selangor, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia