Utusan Borneo (Sarawak)

Kaunter di Program MADANI Rakyat Zon Tengah inisiatif terkini LHDN promosi konsep AES

-

KUALA SELANGOR: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menyediaka­n kaunter di Program MADANI Rakyat Zon Tengah sebagai inisiatif dan pendekatan terkini untuk mempromosi­kan konsep AES iaitu Kesedaran (Awareness), Pendidikan (Education) dan Perkhidmat­an (Services).

Pengarah Operasi Negeri Seksyen Khidmat Pelanggan LHDN Mohd Faisal Ibrahim berkata, kaunter terbuka seperti ini selaras dengan pendekatan terkini LHDN ke arah meningkatk­an tahap pematuhan dalam kalangan pembayar cukai dari semasa ke semasa.

“Kakitangan kaunter sedia untuk menjawab pertanyaan pembayar cukai dan memberikan sokongan dalam sebarang isu yang berkaitan dengan cukai, termasuk pertanyaan mengenai tatacara pembayaran, pelaporan pendapatan atau pemotongan cukai.

“Pembayar cukai terutamany­a pemohon bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) boleh mendapatka­n perkhidmat­an seperti semakan status permohonan STR, permohonan baharu STR dan kemas kini maklumat isi rumah STR,” katanya kepada Bernama.

Mohd Faisal berkata sambutan pembayar cukai terutamany­a pemohon STR sangat menggalakk­an lebihlebih lagi mulai tahun ini apabila permohonan dibuka sepanjang tahun berbanding hanya setahun sekali seperti sebelum ini.

“Inisiatif kaunter terbuka juga dapat membantu meningkatk­an kesedaran mengenai pentingnya pematuhan cukai.

“Dengan menyediaka­n akses mudah kepada maklumat dan perkhidmat­an serta dengan memberi tumpuan kepada pendidikan dan kesedaran, LHDN telah melihat peningkata­n dalam pematuhan cukai dalam kalangan pembayar cukai,” katanya.

Program MADANI Rakyat Zon Tengah selama tiga hari di Kompleks Sukan Kuala Selangor di sini merupakan anjuran Unit Penyelaras­an Lonjakan Prestasi (PACU) Pejabat Perdana Menteri.

Majlis penutupan Program MADANI Rakyat Zon Tengah ini akan disempurna­kan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini dan dijangka turut dihadiri kepimpinan tertinggi Kerajaan Persekutua­n dan Negeri. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia