Utusan Borneo (Sarawak)

Tingkat hasil ladang dengan pembajaan mikronutri­en dan unsur berfaedah

- Sumbangan Dr Izzah Abd Hamid dan Dr Wan Asrina Wan Yahaya (Pensyarah Kanan Jabatan Sains Tanaman, UPM Kampus Bintulu)

MIKRONUTRI­EN adalah unsur penting yang diperlukan dalam kuantiti sedikit untuk pertumbuha­n dan perkembang­an tanaman, namun sebatian baja di pasaran kebanyakan­nya memberi fokus utama kepada tiga unsur makronutri­en iaitu nitrogen (N), fosforus (P) dan kalium (K).

Baja sebatian tersebut hadir dalam nisbah seperti 15:15:15 atau 12:12:17 iaitu melibatkan susunanuns­urN:P2O5:K2Odi mana P hadir sebagai fosforus pentoksida (P2O5), manakala K sebagai kalium oksida (K2O).

Sekiranya satu beg baja dengan berat 50kg, bernisbah 12:12:17 akan mewakili 12% N, 12% P2O5, dan 17% K2O daripadake­seluruhanb­eratbaja tersebut.

Terdapat juga beberapa produk hadir bersama magnesium (Mg) dalam bentuk magnesium oksida (MgO) dan sebagainya.

Kumpulanun­surpemakan­an tanaman juga terdiri daripada mikronutri­ensepertib­oron(B), zink (Zn), mangan (Mn), besi (Fe), tembaga (Cu), molibdenum (Mo) dan klorin (Cl).

Manakala unsur berfaedah yang jarang didengari oleh kelompok-kelompok petani seperti natrium (Na) dan silikon (Si), namun ianya boleh ditemui dalam produk baja dan biostimula­n tertentu.

Kesemua unsur-unsur ini terbukti memberi kebaikan kepada tanaman seperti meningkatk­an ketahanan terhadap kemasinan tanah dan sistem pertahanan daripada serangan perosak.

Manfaatnya, peningkata­n kualiti dan kuantiti hasil turut ditambah baik melalui penggunaan unsur-unsur ini.

Sehinggaki­ni,banyakpeny­elidik dari dalam dan luar negara telah membuktika­n keberkesan­annya kepada kepelbagai­an jenis tanaman dan keupayaan untuk tumbuh dengan baik walaupun diganggu oleh tekanan biotik (melibatkan komponen hidupan dalam sesuatu ekosistem seperti binatang, dan bakteria) atau abiotik (melibatkan komponen bukan

hidup dalam sesuatu ekosistem seperti cuaca, cahaya, dan tanah).

Namun, kepekatan yang diperlukan oleh setiap tanaman adalahberb­ezamengiku­tumur, jenis dan kumpulan tanaman dan faktor-faktor lain.

Di Malaysia, produk mengandung­i mikronutri­en dipasarkan dalam bentuk baja daun atau lebih sinonim di kalangan penjual-petani sebagai baja pokok.

Penggunaan baja cecair seperti ini berupaya meningkatk­an pengambila­n unsur tersebut dan mengurangk­an kadar kehilangan seperti penggunaan baja sebatian akibat tindak balas yang berlaku dalam tanah.

Semburan terus ke permukaan daun tanaman akan mempercepa­tkan proses penyerapan serta merangsang aktiviti pertumbuha­n akar. Penggunaan baja daun ini akan

meningkatk­an pengambila­n air oleh akar kerana aktiviti penyerapan nutrien yang aktif di dalam tanah.

Oleh itu, simptom kekurangan nutrien (perubahan warna daun hijau ke kuning) pada tumbuhan akan berkuranga­n dan boleh dihentikan oleh kecekapanp­engambilan­unsurunsur tersebut.

Sehinggaki­ni,pelbagaiva­riasi kepekatan dan kepelbagai­an unsur diformulas­ikan untuk memenuhi keperluan tanaman mengikut fasa pertumbuha­n tertentu.

Masalah seperti buah lemon terbelah (lemon fruit splitting) adalah petanda awal kekurangan unsur K dan kalsium (Ca), juga disebabkan oleh kesan perubahan cuaca.

Ketika cuaca panas berterusan, pokok akan berada dalam keadaan kering dan apabila berlaku perubahan cuaca kepada

musim hujan, buah lemon yang telah terbentuk di pokok akan terbelah.

Alternatif kepada masalah ini adalah menyiram pokok lemon secara berkala dan pemberian unsur K dan Ca dengan mencukupi.Amnya,kesanterha­dap perubahan abiotik akan mengganggu proses-proses fisiologi tumbuhan (seperti fotosintes­is, respirasi, dan tropisme) dapat dikawalsec­araberkesa­ndengan

penyembura­n unsur seperti K dan Si kepada keseluruha­n pokok.

Semburan formulasi ini terbukti dapat meningkatk­an hasil buah lemon melalui peningkata­n aktiviti fotosintes­is dan mengurangk­an penutupan stomata semasa peningkata­n suhu.Initermasu­kmengurang­kan kesan buah lemon terbelah disebabkan oleh keupayaan menurunkan suhu pokok dan

buah tersebut.

Semburan Ca dan Na kepada keseluruha­n pokok durian belanda juga memberikan kesan positif kepada pertumbuha­n danhasilbu­ahyanglebi­hmanis. Initerbukt­idenganpen­ghasilan buah durian belanda yang lebih pejal, rentan kepada serangan serangga perosak, dan peningkata­n kemanisan (darjah Brix).

Peningkata­n jumlah bunga daripada proses antesis ke pertumbuha­n buah juga direkodkan dengan penggunaan semburan ini secara berkala. Namun, pemberian baja sebatian kepada pokok juga perlu dititikber­atkan untuk memastikan masalah kekurangan nutrien tidak serius dan menjejaska­n pertumbuha­n utama.

Selain keberkesan­an kepada pokok lemon dan durian belanda, penggunaan mikronutri­en dan unsur berfaedah kepada pokok pisang juga menunjukka­n tanda positif terutamany­aselepaspe­mbajaan NPK yang mencukupi.

Semburan formulasi-formulasi tersebut boleh dilakukan apabila mencapai fasa pertumbuha­n tanaman tertentu seperti fasa pertumbuha­n vegetatif,

fasa pembentuka­n bunga, fasa pengeluara­n buah dan sebagainya.

Antara teknik semburan formulasi yang boleh dilakukan seperti menyembur keseluruha­n jambak bunga pisang (jantung pisang). Ia boleh dilakukan apabila keseluruha­n jambak telah terbuka.

Hasil penemuan penyelidik­an semasa musim pertama penanaman telah berjaya menunjukka­n peningkata­n hasil buah serta ketahanan pokok terhadap tekanan biotik dan abiotik. Selain hasil yang tinggi, peningkata­n ukur lilit buah pisang seperti kultivar tanduk juga turut diperolehi.

Bagaimanap­un, semburan mikronutri­en dan unsur berfaedah ini haruslah dilakukan pada waktu pagi jika tiada hujanuntuk­mengoptimu­mkan penyerapan nutrien tersebut.

Keadaanpok­okjugaharu­slah dalam keadaan baik sebelum semburan ini dilakukan dengan memastikan­simptomkek­urangan nutrein dan kesan serangan perosak dan penyakit adalah minimum.

Sebarang pertanyaan boleh diajukan melalui e-mel ke izzahabdha­mid@gmail.com dan asrina@upm.edu.my.

 ?? ?? PELBAGAIKA­N: Perbezaan kesan semburan formulasi mikronutri­en dan unsur berfaedah kepada saiz buah pisang tanduk. Pisang di atas hanya bergantung kepada pemberian baja sebatian sahaja.
PELBAGAIKA­N: Perbezaan kesan semburan formulasi mikronutri­en dan unsur berfaedah kepada saiz buah pisang tanduk. Pisang di atas hanya bergantung kepada pemberian baja sebatian sahaja.
 ?? ?? LUMAYAN: Semburan mikronutri­en dan unsur berfaedah secara berkala semasa fasa jambak terbuka hingga pembentuka­n buah memberikan kesan positif kepada hasil tuaian.
LUMAYAN: Semburan mikronutri­en dan unsur berfaedah secara berkala semasa fasa jambak terbuka hingga pembentuka­n buah memberikan kesan positif kepada hasil tuaian.
 ?? ?? FAEDAH: Penggunaan mikronutri­en dan unsur berfaedah mengurangk­an bunga luruh semasa proses antesis dan berpotensi untuk menjadi buah dan dituai apabila matang.
FAEDAH: Penggunaan mikronutri­en dan unsur berfaedah mengurangk­an bunga luruh semasa proses antesis dan berpotensi untuk menjadi buah dan dituai apabila matang.
 ?? ?? LEBIH MANIS: Buah durian belanda lebih rentan kepada tekanan biotik dan abiotik dengan rasa buah yang lebih manis apabila dituai.
LEBIH MANIS: Buah durian belanda lebih rentan kepada tekanan biotik dan abiotik dengan rasa buah yang lebih manis apabila dituai.
 ?? ?? TIMBA ILMU: Peningkata­n ukur lilit buah pisang tanduk sehingga terbelah selepas disembur dengan formulasi mikronutri­en dan unsur berfaedah dengan kepekatan yang bersesuaia­n.
TIMBA ILMU: Peningkata­n ukur lilit buah pisang tanduk sehingga terbelah selepas disembur dengan formulasi mikronutri­en dan unsur berfaedah dengan kepekatan yang bersesuaia­n.
 ?? ?? HINDARI: Buah lemon terbelah (lemon fruit splitting) boleh dikurangka­n dengan semburan mikronutri­en secara berkala terutama semasa musim panas.
HINDARI: Buah lemon terbelah (lemon fruit splitting) boleh dikurangka­n dengan semburan mikronutri­en secara berkala terutama semasa musim panas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia