Utusan Borneo (Sarawak)

Indahnya tulip mekar di Malaysia

- — Bernama

TULIP, bunga kebangsaan Turkiye dan Belanda, yang kini sedang mekar di Cameron Highlands, Pahang menarik pandangan sesiapa sahaja yang melihatnya.

Lebih unik, 2,500 kuntum bunga itu berkembang penuh iaitu lebih kembang daripada kebiasaann­ya kerana suhu panas tinggi di negara ini.

Pengurus Besar Stesen Institut Penyelidik­an dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) Cameron Highlands, Lokmanulha­kim Basiron berkata tahun ini merupakan tahun ketiga tulip ditanam di Taman Agroteknol­ogi MARDI di sini dan tanaman itu terus menggamit kedatangan pengunjung yang mahu melihat bunga tersebut dari dekat.

“Tulip akan berbunga pada musim bunga dan mula mekar apabila cuaca panas. Tulip ini berasal dari Iran dan Turkiye tetapi teknologi pembiakan benih bunga ini diterajui oleh negara Belanda dan benih juga telah dieksport dari sana.

“Taman Agroteknol­ogi MARDI Cameron Highlands telah mula menanam bunga tulip sebanyak 300 pokok bersempena program cuti sekolah diLamanBun­gaMiniCame­ron pada Februari 2022 dan pada Februari 2023 sebanyak 1,500 pokok ditanam, manakala tahun ini sebanyak 2,500 pokok pula ditanam,” katanya ketika ditemui Bernama di Taman Agroteknol­ogi MARDI Cameron Highlands baru-baru ini.

Menurut Lokmanulha­kim tulip berkembang secara ber

peringkat mengikut warna dalam tempoh lima hingga 10 hari di tanah yang panas seperti di Malaysia, berbanding dalam tempoh dua hingga tiga minggu mengikut cuaca ideal.

Beliau berkata, suhu ideal untuk menanam tulip adalah di bawah 12 darjah Celsius dan bunga itu mempunyai had toleransi suhu sehingga 29 darjah Celsius.

“Beberapa darjah di bawah tahap ini akan memusnahka­n tunas dan bunga tulip. Sekiranya suhu mencapai tahap pembekuan, keseluruha­n tulip boleh rosak.

“Tulip lebih memerlukan cahaya matahari penuh pada waktu petang atau dengan matahari pagi sahaja, kerana tulip tidak sesuai dengan haba yang tinggi,” jelasnya.

Usai tempoh berbunga, batang dan daun tulip perlu dibiarkan reput secara semula jadi sehingga menjadi kuning atau coklat sebelum dikeluarka­n dari tanah, katanya.

Beliau menjelaska­n jika daun dikeluarka­n semasa masih hijau, bebawang (benih) tidak dapat menyimpan makanan yang mencukupi untuk mekar.

Bebawang kemudian katanya dibersihka­n dan disimpan dalam beg jaring di tempat kering dan sejuk serta terhindar daripada cahaya matahari.

“Bebawang tulip yang telah dibersihka­n akan disimpan di dalam bilik sejuk selama tempoh 12 minggu sehingga enam bulan bagi tempoh dormansi (tempoh pertumbuha­n tidak aktif) pada suhu di bawah 5 darjah Celcius.

“...dan kemudian akan dipindahka­n ke medium bebola

Leca (sejenis tanah liat khas) selama dua minggu untuk tujuan pengakaran pada suhu bilik, selepas itu, bebawang akan dimasukkan ke dalam medium tanah seperti peatgrow (lumut gambut) untuk membantu tumbesaran selama tiga hingga empat minggu sebelum dipindahka­n ke tapak pameran,” jelasnya.

Lokmanulha­kim berkata tahun ini jenis tulip yang ditanam ialah Rood (merah), Yellow Baby (kuning), Flair (campuran jingga), Roze (ungu cair), Paars (ungu gelap) dan Flaming Baby (campuran jingga, kuning dan merah)

Setiap warna katanya dikaitkan dengan maksud tertentu seperti Rood melambangk­an cinta yang kuat dan Yellow Baby melambangk­an persahabat­an.

Mengulasme­ngenaiprog­ram cuti sekolah di Taman Agroteknol­ogi MARDI Cameron

Highlands selain Pesta Tulip, beliau berkata pengunjung juga berpeluang melihat pelbagai tanaman buah Mediterran­ean seperti epal, pir, anggur dan strawberi, selain bunga-bungaan seperti keembong, camellia, dahlia, petunia, bunga bakung dan mawar.

Terletak pada ketinggian 1,400 meter dari aras laut dan bersuhu nyaman sepanjang tahun, taman itu katanya merupakan pusat perhentian pelanconga­n tanah tinggi yang strategik susulan berdekatan pekan Tanah Rata.

Turut menjadi tarikan ialah ladang teh tertua dan kilang teh pertama di Malaysia yang juga Pusat Kecemerlan­gan Penyelidik­an Pertanian Hijau.

Tiket masuk dijual hanya pada harga RM10 bagi dewasa, RM5 bagi kanak-kanak dan warga emas serta percuma untuk golongan Orang Kurang Upaya.

 ?? ??
 ?? — Gambar Bernama ?? JADI TUMPUAN: Pengunjung cilik, Nur Zara Zalikha, 4, teruja melihat bunga tulip yang sedang mekar ketika tinjauan BERNAMA di Taman Agroteknol­ogi MARDI dekat Cameron Highlands, baru-baru ini.
— Gambar Bernama JADI TUMPUAN: Pengunjung cilik, Nur Zara Zalikha, 4, teruja melihat bunga tulip yang sedang mekar ketika tinjauan BERNAMA di Taman Agroteknol­ogi MARDI dekat Cameron Highlands, baru-baru ini.
 ?? — Gambar Bernama ?? MEKAR: Bunga tulip yang mekar kini menjadi tarikan kepada pengunjung.
— Gambar Bernama MEKAR: Bunga tulip yang mekar kini menjadi tarikan kepada pengunjung.
 ?? ?? LOKMANULHA­KIM
LOKMANULHA­KIM

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia