Utusan Borneo (Sarawak)

KSM fokus beri latihan kemahiran dan teknikal kepada pekerja

- — Bernama

Kementeria­n Sumber Manusia (KSM) pada tahun ini akan lebih fokus dalam meningkatk­an kemahiran pekerja dengan memberikan latihan teknikal dan kemahiran supaya produktivi­ti mereka dapat ditingkatk­an.

Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong berkata, fokus KSM itu adalah untuk membantu pekerja meningkatk­an kemahiran mereka dalam masa yang sama mahu memastikan pekerja mendapat gaji yang tinggi.

“KSM pada tahun ini mahu pergiat usaha bantu golongan pekerja mendapatka­n latihan kemahiran dan teknikal supaya mereka dapat naik gaji berdasarka­n sijil serta latihan tersebut, ada dua perkara di sini iaitu kita nak bantu pekerja dapat gaji tinggi dan setimpal serta dalam masa sama nak bantu majikan mendapat keuntungan tinggi.

“Ia seperti seakan bercanggah namun untuk saya bagaimana kita nak tutup jurang perbezaan ini dan jawapannya adalah produktivi­ti, kena tingkatkan (produktivi­ti) dan bukan sahaja majikan boleh dapat untung tapi pekerja dapat gaji lebih bagus,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Beliau ditemui selepas merasmikan Karnival Latih MADANI (KLM) dan Program Kesuma MADANI (PKM) di Dewan Ng Yam Huat, turut hadir Pengerusi Human Resource Developmen­t Corporatio­n (HRD Corp) Datuk Abu Huraira Abu Yazid.

Sim berkata KSM juga bertungkus lumus untuk mem

perkuat dan membangunk­an sumber manusia di negara ini serta komitmen untuk menjayakan misi strategik 3K iaitu menjaga kebajikan, meningkat kemahiran dan menaikkan keberhasil­an pekerja.

“Kerajaan telah menyediaka­n RM44 bilion untuk membantu syarikat, khususnya Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) untuk membangunk­an infrastruk­tur dan mendaki rantaian nilai melalui automasi, digitalisa­si dan sebagainya.

“Selain daripada itu, kerajaan juga telah memperuntu­kkan RM6.8 bilion untuk meningkatk­an produktivi­ti pekerja melalui latihan TVET (Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional), ini menunjukka­n komitmen kerajaan untuk membantu pekerja dan majikan kerana nasib keduadua pihak ini adalah berkait rapat,” katanya.

Sementara itu, Sim berkata KLM dan PKM di Pulau

Pinang kali ini membawa lapan jabatan dan lima agensi di bawah KSM untuk memberikan perkhidmat­an mereka terus kepada orang ramai di program tersebut.

Katanya KLM bertujuan untuk melibatkan pihak berkepenti­ngan HRD Corp, menyediaka­n peluang peningkata­n kemahiran dan latihan semula kepada komuniti dan KLM Pulau Pinang adalah yang pertama dalam siri sehari berasaskan kemahiran yang dirancang agensi tersebut di seluruh negara.

“Menerusi program itu juga kami (KSM) menganjurk­an Tahun Baharu Cina dengan mengubah sedikit pendekatan iaitu selain majlis keraian, kami bawakan lapan jabatan dan lima agensi turun padang memberikan perkhidmat­an kepada penduduk setempat... mungkin ada yang datang boleh daftar untuk latihan kemahiran dan sebagainya,” katanya.

 ?? — Gambar Bernama ?? TERPEGUN: Sim (dua, kiri) menyaksika­n kanak-kanak bermain catur pada Karnival Latih Madani dan Program Kesuma Madani Pulau Pinang di Bukit Mertajam, semalam.
— Gambar Bernama TERPEGUN: Sim (dua, kiri) menyaksika­n kanak-kanak bermain catur pada Karnival Latih Madani dan Program Kesuma Madani Pulau Pinang di Bukit Mertajam, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia