Utusan Borneo (Sarawak)

Segerakan projek penyelengg­araan kemudahan di pintu masuk negara

Bagi menampung peningkata­n kedatangan pelancong asing ke negara ini: PM

- — Bernama

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta supaya semua projekproj­ek penyelengg­araan dan penambahba­ikan kemudahan di pintu masuk negara meliputi lapangan terbang dan pelabuhan, disegeraka­n bagi menampung peningkata­n kedatangan pelancong asing ke negara ini.

Beliau berkata kemudahan itu perlu efisien dan harus dibaiki bagi mengelak kesesakan di beberapa lapangan terbang tertentu termasuk di Tawau, Sabah serta Pulau Pinang, dan pada masa yang sama penambahba­ikan perkhidmat­an aerotrain di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) juga perlu disiapkan dengan pantas.

“Bukan sahaja (lapangan terbang) di Kota Kinabalu, Kuching, Pulau Pinang, Alor Setar (Kedah) dan Kota Bharu (Kelantan), sampai ke Tawau (Sabah).

“Seperti mana kita tahu lapangan terbang di Tawau itu kecil, tidak dirangka untuk mendapat pelancong dari luar negara. Kita kena tarik pelancong dari luar, (jadi) tak bolehlah nak siapkan atau baiki lapangan terbang dalam tempoh tiga atau empat tahun, tak boleh,” katanya.

Anwar berkata demikian dalam ucapannya semasa merasmikan sambutan Hari Kraf Kebangsaan 2024 (HKK) di Kompleks Kraf di sini semalam, yang turut dihadiri Menteri Pelanconga­n, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing dan Timbalan Menteri, Khairul Firdaus Akbar Khan.

Justeru, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata Ketua-ketua Pengarah yang berkaitan perlu merujuk kepada Kementeria­n Pengangkut­an (MOT) dan Kementeria­n Kewangan (MoF) bagi menyegerak­an arahannya itu.

“Oleh sebab itu, saya minta semua ini disegeraka­n dan

usahakan Anthony (Menteri Pengangkut­an Anthony Loke), segerakan hal sedemikian.. lapangan terbang Tawau, Pulau Pinang yang dah sesak, untuk memudahkan.. KLIA contohnya, itu sudah jadi tekanan kerana jumlah pelancong yang sangat tinggi,” katanya.

Perdana Menteri berkata bagaimanap­un proses untuk menyegerak­an projek-projek berkenaan perlulah mengikut prosedur yang ditetapkan untuk mengelak daripada amalan lama.

Selain itu, Anwar berkata sinergi antara kementeria­n serta agensi perlu diperhebat bagi memastikan industri pelanconga­n negara kekal berdaya saing dan lebih berkembang, meliputi pelbagai elemen yang saling berkaitan, antaranya perkhidmat­an, keselamata­n, kemudahan serta daya tarikan.

Beliau juga mahu promosi hasil tempatan, kraf tangan, batik dan songket diperluask­an.

“Saya ucap tahniah kepada Kementeria­n Pelanconga­n kerana memikirkan hal ini (promosi) iaitu apa yang dihasilkan di Perlis, Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak. Jadi setiap negeri itu berasa ada peranan mereka.

“Perancanga­n daripada industri ini haruslah meluas supaya tiada pihak merasa tersisih. Ini penting, kraf tangan boleh mengangkat martabat hidup rakyat miskin,” katanya.

Pada majlis itu, Perdana Menteri turut menyampaik­an Anugerah Tokoh Kraf Negara 2024 kepada Puan Bangie Anak Embol, yang banyak menghasilk­an Kraf Tekstil Tenunan Pua. Ia merupakan pengiktira­fan tertinggi diberikan oleh Kerajaan Malaysia melalui kelulusan Jemaah Menteri pada tahun 1996.

HKK 2024 bermula 21 Feb sehingga 4 Mac, diadakan bagi memberi pengiktira­fan terhadap penglibata­n dan sumbangan usahawan serta penggiat kraf kepada pembanguna­n industri kraf negara.

“Bukan sahaja (lapangan terbang) di Kota Kinabalu, Kuching, Pulau Pinang, Alor Setar (Kedah) dan Kota Bharu (Kelantan), sampai ke Tawau (Sabah).

Datuk Seri Anwar Ibrahim Perdana Menteri

 ?? — Gambar Bernama ?? LAWAT: Anwar ketika melawat ke reruai pameran selepas Perasmian Hari Kraf Kebangsaan (HKK) 2024 di Kompleks Kraf, di Kuala Lumpur, semalam. Turut kelihatan Tiong.
— Gambar Bernama LAWAT: Anwar ketika melawat ke reruai pameran selepas Perasmian Hari Kraf Kebangsaan (HKK) 2024 di Kompleks Kraf, di Kuala Lumpur, semalam. Turut kelihatan Tiong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia