Utusan Borneo (Sarawak)

Lebih 200,000 rakyat jimat kos sara hidup melalui Jualan MADANI Koperasi

-

Lebih 200,000 rakyat di negara ini menerima manfaat penjimatan kos sara hidup menerusi penganjura­n 131 siri Jualan MADANI Koperasi termasuk jualan usahawan di seluruh negara bagi tempoh 2023 sehingga kini.

Menteri Pembanguna­n Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick berkata melalui jualan itu terdapat penawaran barangan keperluan asas harian pada harga diskaun sehingga 20 peratus lebih rendah.

“Bagi tujuan ini, sejumlah lebih RM4.1 juta telah disediakan melalui insentif harga di bawah KUSKOP (Kementeria­n Pembanguna­n Usahawan dan Koperasi) dan Kumpulan Wang Amanah Pendidikan Koperasi (KWAPd) SKM (Suruhanjay­a Koperasi Malaysia),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Karnival Usahawan dan Jualan Mega MADANI (KUJMM) KUSKOP 2024 di Pasar Tani Kekal Simpang Empat dekat sini semalam yang disempurna­kan Raja Muda

Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullai­l.

Turut berangkat pada majlis perasmian itu ialah Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

KUJMM KUSKOP 2024 itu berlangsun­g selama tiga hari bermula kelmarin.

Ewon berkata inisiatif jualan itu juga memberikan manfaat terhadap perkembang­an perniagaan kepada lebih 221 koperasi dan usahawan.

Sementara itu, bercakap kepada pemberita selepas majlis perasmian itu, Ewon berkata kementeria­n melalui agensi di bawahnya seperti TEKUN Nasional, SKM, Bank Rakyat, SME Bank dan SME Corp Malaysia menyalurka­n bantuan pembiayaan sejumlah RM12,433,960 kepada usahawan dan koperasi di Perlis yang berkelayak­an.

“Saya amat yakin ini telah dapat melengkapk­an usaha kerajaan dalam membantu membangun usahawan-usahawan dan koperasi kita di seluruh negara,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? GUNA SEBAIKNYA: Tuanku Syed Faizuddin dan Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen berkenan menyaksika­n penyampaia­n Pembiayaan Modal Kerja Berjangka-i Usahawahan Negeri Perlis pada majlis perasmian Karnival Usahawan dan Jualan Mega MADANI (KUJMM) KUSKOP 2024 di Pasar Tani Kekal Simpang Empat di Kuala Perlis, semalam. Turut sama Ewon dan Menteri Besar Perlis Mohd Shukri Ramli.
— Gambar Bernama GUNA SEBAIKNYA: Tuanku Syed Faizuddin dan Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen berkenan menyaksika­n penyampaia­n Pembiayaan Modal Kerja Berjangka-i Usahawahan Negeri Perlis pada majlis perasmian Karnival Usahawan dan Jualan Mega MADANI (KUJMM) KUSKOP 2024 di Pasar Tani Kekal Simpang Empat di Kuala Perlis, semalam. Turut sama Ewon dan Menteri Besar Perlis Mohd Shukri Ramli.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia