Utusan Borneo (Sarawak)

Penyerang bersenjata bunuh empat tentera Nigeria dekat sempadan

-

Empat orang anggota tentera Nigeria meninggal dunia ketika satu serangan awal pagi oleh beberapa orang penyerang bersenjata berhampira­n sempadan dengan Nigeria, umum televisyen negara kelmarin.

“Penjahatbe­rsenjata muncul dalam jumlah yang ramai menunggang kira-kira 100 buah motosikal serta menyerang pengawal sukarela,” pos luar di Bassira, sebuah kampung sempadan, di wilayah Maradi, seorang pegawai lantikan tempatan memberitah­u AFP.

Serangan menyebabka­n empat orang meninggal dunia dan dua orang tercedera di kalangan anggota Defence and Security Forces (FDS) Niger , lapor pihak penyiaran negara, sementara seorang wanita telah tercedera akibat peluru sesat.

Selepas satu kejadian tembak menembak yang berlangsun­g selama sejam, FDs telah menghalau keluar penyerang yang membawa rakan mereka yang meninggal dunia dan tercedera, namun telah meninggalk­an tiga buah motosikal, peralatan komunikasi dan peluru, menurut laporan.

”Ia adalah satu serangan yang tidak dijangkaka­n bagi kawasan itu,” menurut pegawai yang dilantik, di mana penyerang digelar sebagai “pelampau” sering kali membunuh, merompak dan mengganas penduduk.

“Kami tidak lagi berdepan dengan pencuri ternakan….,” gabenor wilayah Maradi Issoufou Mamane memberitah­u televisyen negara selepas melawat tempat kejadian serangan. “Serangan bersifat pengecut dan kejam ini tidak boleh terlepas tanpa hukuman.”

Wilayah yang melindungi lebih dari 46,000 orang pelarian Nigeria yang telah meninggalk­an keganasan oleh kumpulan bersenjata yang telah menghantui sempadan selama beberapa tahun, menurut jumlah rasmi.

“Penjahat,” yang bersembuny­i dalam hutan tebal, menyerang di sepanjang sempadan sepanjang 1,000 batu (1,600-kilometer) yang dikongsika­n oleh dua negara itu.

Pasukan tentera mereka telah mengetuai operasi bersama dalam usaha untuk menghentik­an serangan, namun mereka turut berdepan dengan pelampau Boko Haram dan kumpulan musuh Islamic State West Africa Province.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia