Utusan Borneo (Sarawak)

Lelaki serang wanita dengan bahan penghakis lemas

-

Polis Britiah mengesahka­n pada Jumaat bahawa seorang lelaki yang dikehendak­i kerana menyerang seorang ibu dan anaknya yang masih kecil dengan sejenis bahan penghakis telah lemas di Sungai Thames di London.

Polis Metropolit­an menyatakan bahawa mayat itu telah “dikenal pasti secara rasmi” sebagai Abdul Ezedi berusia 35 tahun dan satu pemeriksaa­n bedah siasat mendapati bahawa dia telah lemas.

Polis telah menyatakan bahawa mereka mempercaya­i Ezedi telah terjun ke dalam sungai selepas dia dilihat kali terakhir di Jambatan Chelsea di ibu negara.

Satu pemburuan telah dilancarka­n bagi Ezedi, berasal dari Afghanista­n, selepas apa yang dikatakan oleh pihak polis sebagai serangan 31 Januari yang “menakutkan” di London terhadap seorang wanita berusia 31 tahun dan dua orang anak perempuann­ya, berusia lapan dan tiga tahun.

Wanita itu, yang sebelum ini pernah menjalin hubungan denagn suspek, masih berada di hospital dan mengalami kehilangan penglihata­nnya untuk sebelah matanya, menurut ahli keluargany­a.

“Kami masih belum dapat bercakap dengan dia namun berharap semoga dia dapat sembuh dengan cepat,” kata komander Jon Savell dalam satu kenyataan.

Mayat Ezedi telah ditemui selepas sebuah bot yang melalui tempat itu melaporkan satu mayat di dalam air pada Isnin.

Ezedi telah diberikan perlindung­an suaka di Britain meskipun telah disabitkan sebagai seorang pesalah seks, menurut kepada laporan media.

Pihak berkuasa telah memberikan amaran kepada orang awam agar tidak mendekatin­ya dan menyatakan dia mengalami kerosakan teruk pada bahagian kanan mulanya dalam serangan.

UK telah berdepan dengan serangan melibatkan bahan penghakis termasuk asid, yang telah menurun susulan satu peningkata­n sehingga 941 kes yang direkodkan pada 2017.

Kes meningkat sekali lagi pada 2022, menurut badan kebajikan Acid Survivors Trust Internatio­nal (ASTI). — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia