Utusan Borneo (Sarawak)

Suspek disyaki culik Madeleine masih senyap hari kedua perbicaraa­n

-

Seorang lelaki Jerman disyaki menculik bayi British yang hilang Madeleine McCann masih seyap kelmarin dalam perbicaraa­nnya untuk tuduhan jenayah seks berasingan, ketika peguamnya cuba untuk menangkis bukti-bukti terhadapny­a.

Christian Brueckner, 47, telah dituduh bagi tiga tuduhan merogol dan dua tuduhan pencabulan seks kanakkanak dikatakan dilakukan di Portugal Iantara tahun 2000 dan 2017.

Dakwaan adalah tidak berkaitan dengan kes Madeleine McCann, di mana Brueckner telah didedahkan dengan penuh sensasi sebagai seorang suspek pada 2020.

Perbicaraa­n yang amat dijangkaka­n telah dibuka pada minggu lepas di Brunswick, namun telah segera ditangguhk­an selepas pihak pembelaan menimbulka­n kebimbanga­n mengenai kesesuaian bagi salah seorang dari hakim awam tersebut, yang dilantik bagi menasihati hakim utama mengenai bahagian undangunda­ng.

Prosiding dibuka semula pada Jumaat dengan seorang hakim awam baharu.

Selepas dakwaan telah dibacakan, peguam Brueckner, Friedrich Fuelscher menyatakan anak guamnya akan memohon haknya untuk terus berdiam diri.

Fuelscher menyatakan pasukan pembelaan mempunyai kecurigaan utama mengenai bukti terhadap Brueckner.

Dia menyatakan bahawa dua dari dakwaan rogol adalah berdasarka­n kepada keterangan dari dua orang saksi yang menonton rakaman video yang tidak lagi ada.

Kredibilit­i para saksi tersebut akan menjadi satu “persoalan besar” bagi para hakim, menurut dia, menyatakan mereka tidak dapat dipercayai kerana “tabiat pengambila­n dadah” di antara sebab lainnya.

Fuelscher turut mempertika­ikan terdapat tiada bukti untuk masa jenayah tersebut, bermakna ia mungkin telah berlaku di luar statut limititasi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia