Utusan Borneo (Sarawak)

Bau mencurigak­an sebabkan lapan orang terima rawatan di hospital

-

Pihak polis telah membuka satu siasatan kelmarin selepas satu bau yang mencurigak­an pejabat Perkhidmat­an Sekuriti di Sweden telah menyebabka­n lapan orang memerlukan rawatan hospital dengan masalah pernafasan.

Gambar dari tempat kejadian menunjukka­n anggota polis memakai topeng gas bersama dengan beberapa buah ambulans dan kenderaan kecemasan ketika sebuah kawasan di sekitar pejabat agensi tersebut, dikenali sebagai Sapo, telah ditutup.

“Kira-kira jam 1 petang waktu tempatan pada hari ini, terdapat petunjuk bahawa sejenis bahan berbahaya di pejabat Sapo,” Patrik Soderberg, ketua perubatan di pusat kesihatan tempatan Region Stockholm, memberitah­u AFP.

“Seramai lapan orang dengan simptom telah dirawat di hospital,” Region Stockholm berkata dalam satu kenyataan, sambil menambah bahawea “punca kebocoran adalah masih belum jelas.”

Selepas menamatkan operasi kecemasan mereka, pihak polis menyatakan mereka telah

memulakan siasatan mengenai “menyebabka­n kecederaan pada anggota badan” namun tidak mempunyai sebarang suspek.

Pihak polis menyatakan sebuah kawasan “beberapa ratus meter” di sekitar bangunan telah ditutup selepas satu “kemungkina­n kebocoran gas.”

Beberapa orang yang dibawa ke hospital adalah anggota polis yang telah “menghidu bau ketika mereka sampai”, tambah pihak perkhidmat­an dalam satu kenyataan.

Jurucakap Sapo Karin Lutz

memberitah­u AFP agensi perisikan telah menghubung­i pihak perkhidmat­an kecemasan selepas menerima satu amaran.

Lutz menyatakan bangunan itu “separuh dikosongka­n” ketika keadaan kecemasan, namun menolak untuk memberikan maklumat lanjut atau komen mengenai sama ada mereka mengesyaki adanya perbuatan khianat.

Dalam satu kenyataan kemudian, Sapo menyatakan “perkhidmat­an kecemasan telah menamatkan operasi selepas mengesahka­n bahawa terdapat tiada gas di dalam premis atau di luar bangunan.”

Negara Nordik itu berada dalam keadaan sangat berjagajag­a ketika ia menjangkak­an akan melepasi halangan terakhir dalam usahanya untuk menyertai NATO pada Isnin depan, dengan negara terakhir Hungary dijadualka­n akan mengundi bagi mengesahka­n keanggotaa­nnya.

Akhbar Aftonblade­t menyatakan beberapa orang saksi telah melaporkan menghidu sesuatu yang mengingatk­an mereka dengan cat, dan bahawa penduduk tempatan telah dimaklumka­n agar menutup tingkap mereka.

Media Sweden turut melaporkan bahawa satu pengesan gas pada bahagian bumbung bangunan telah memberikan amaran tentang kehadiran fosgen, namun laporan ini masih belum disahkan.

Gas itu digunakan sebagai agen perang kimia ketika Perang Dunia 1, namun turut digunakan secara meluas dalam industri bagi pengeluara­n plastik dan racun serangga.

 ?? — Gambar AFP ?? BERJAGA-JAGA: Gambar dari tempat kejadian menunjukka­n anggota polis memakai topeng gas susulan bau mencurigak­an di pejabat Perkhidmat­an Sekuriti di Sweden.
— Gambar AFP BERJAGA-JAGA: Gambar dari tempat kejadian menunjukka­n anggota polis memakai topeng gas susulan bau mencurigak­an di pejabat Perkhidmat­an Sekuriti di Sweden.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia