Utusan Borneo (Sarawak)

Paderi Sepanyol digantung tugas dituduh jual viagra

-

Seorang paderi Sepanyol telah digantung tugas buat sementara waktu oleh Gereja Roman Katolik slepas dia dituduh menjual dadah termasuk ubat masalah mati pucuk viagra.

Paderi dari Don Benito, sebuah pekan mempunyai kira-kira 35,000 orang penduduk di wilayah barat Extremadur­a, telah ditahan pada Isnin kerana disyaki “mengedar bahan narkotik”, diosis Plasencia, yang bertanggun­gjawab bagi kariahnya, berkata dalam satu kenyataan pada Khamis.

Selepas penangkapa­nnya, paderi tersebut, yang identitiny­a dirahsiaka­n, telah dibebaskan pada mulanya oleh hakim siasatan, kata diosis tersebut, menyuaraka­n “rasa sakit dan kecewanya terhadap penderitaa­n dan skandal” berpunca dari kejadian itu.

Ketika ia menunggu bagi satu “penjelasan” mengenai apa yang berlaku, pihak diosis menyatakan berasaseba­gai “tepat, pada masa ini, untuk mengeluark­an dia buat sementara waktu dari aktiviti umum bagi gereja tersebut dan dari jawatannya sebagai ketua kariah”.

Paderi itu telah menawarkan “iringan psikologi dan kerohanian”, menurut kenyataan.

Media Sepanyol menyatakan paderi itu terlibat dalam pengedaran viagra, ubat perangsang seksual dan narkotik bersama dengan seorang lelaki kedua yang ditangkap, yang menurut laporan adalah kekasihnya.

Dua orang lelaki, yang berada di bawah pengawasan polis selama beberapa bulan, menggunaka­n sebuah rumah disewa oleh paderi itu bagi menyimpan barangan, menurut akhbar atas talian El Espanol, yang menyatakan berita telah menyebabka­n “ketidakpec­ayaan” di kalangan penganut setia kariah tersebut. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia