Utusan Borneo (Sarawak)

Ratusan kereta berlanggar di jalan raya China berais, menyebabka­n 9 cedera

-

Satu timbunan kira-kira 100 buah kereta di atas lebuh raya ekspres yang ditutupi ais di timur China menyebabka­n sembilan orang tercedera kelmarin, lapor media negara, dengan gambar kemalangan itu menunjukka­n kejadian bagi kekecohan.

Kenderaan penumpang akan dapat dilihat bertimbun pada satu sama lain dalam rakaman yang dikongsika­n oleh badan penyiaran rasmi CCTV, dengan satu dalam keadaan terangkat ke atas pada satu sudut yang pelik dan yang lainnya berubah bentuk seperti besi terpakai.

Jalan raya yang basah di Suzhou, sebuah bandar terletak kira-kira sejam di barat Shanghai dengan kereta telah dipenuhi dengan pecahan kaca, ketika pihak responden kecemasan berpakaian jingga bergerak di antara kereta dan orang ramai yang berlegarle­gar.

Ketika tiada kematian telah direkodkan akibat timbunan itu, tiga orang telah dimasukkan ke hospital bagi kecederaan dan enam orang lagi mengalami melecet ringan, menurut satu kenyataan WeChat oleh polis trafik tempatan.

Susulan kemalangan, yang berlaku pada jam 7:00 pagi waktu tempatan, aliran trafik biasa telah kembali semula, menurut kenyataan itu.

“Terjejas akibat cuaca sejuk dan hujan, jalan raya telah menjadi licin dan keadaan trafik yang sukar,” tambahnya, meminta supaya para pemandu mengamalka­n langkah berhati-hati.

Pihak berkuasa meteorolog­i telah memperbaha­rui satu amaran suhu rendah pada awal minggu ini bagi kawasan luas di selatan China, susulan cuaca musim sejuk yang ekstrem selama beberapa minggu di seluruh negara.

Kemalangan jalan raya adalah biasa di China disebabkan oleh kekurangan kawalan keselamata­n yang tegas.

Pada Disember 2022, satu timbunan bagi sekurangku­rangnya 200 buah kereta berpunca dari kabus tebal di wilayah tengah Henan di negara ini yang menyebabka­n satu kematian. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia