Utusan Borneo (Sarawak)

Polis Australia didakwa dengan tuduhan membunuh pengacara TV dan teman lelaki

-

Kelmarin pihak polis Australia mendakwa salah seorang dari anggotanya sendiri dengan tuduhan pembunuhan berganda melibatkan seorang pengacara TV dan teman lelakinya seorang pramugara, yang mana mayat mereka masih belum ditemui.

Pesuruhjay­a Detektif Danny Doherty menyatakan seorang konstabel polis masih berkhidmat berusia 28 tahun telah didakwa dengan dua pertuduhan membunuh, selepas satu pencarian berprofil tinggi selama tiga hari di sekitar Sydney.

Pada awal minggu ini, penemuan menggempar­kan bagi pakaian berdarah di sebuah tong sampah pinggir bandar membawa detektif ke kediaman bekas hos karpet merah dan wartawan hiburan Jesse

Baird, 26.

Ketika penggeleda­han flet Baird dalam bandar, para detektif menyatakan mereka tekah menemui “satu jumlah besar darah” dan mempunyai “kebimbanga­n teruk” untuk dia dan teman lelakinya, pramugara penerbanga­n Qantas Luke Davies, 29.

Kedua-duanya dijangka telah meninggal dunia.

Sebiji peluru ditemui di apartmen menyerupai dengan senjata api milik anggota polis.

Senjata itu kemudian telah ditemui di dalam sebuah peti besi balai polis.

Anggota polis yang dituduh telah dikatakan mempunyai hubungan dengan Baird sehingga baru-baru ini, ketika ia berakhir dengan teruk.

Baird merupakan seorang pengacara bagi Network Ten di Australia.

Pada Jumaat anggota polis itu menyerah dirinya di Balai Polis Bondi, berhampira­n pantai terkenal di negara ini.

Rakaman bagi penangkapa­n menunjukka­n dia digari dan diiringi ke dalam bangunan memakai topi besbol gelap dan kasut sukan.

Dia masih berada dalam tahanan dan pihak polis melarang untuk ikat jamin.

Media Australia melaporkan bahawa suspek merupakan seorang pengejar selebriti dan penulis blog sebelum menyertai pasukan polis, dan telah bergambar bersama dengan Taylor Swift, Miley Cyrus, Lady Gaga, Ben Stiller dan beberapa orang lagi.

Dia sebelum ini disiasat mengenai tindakan menembak dengan taser secara agresif seorang lelaki peribumi pada 2020, selepas video bagi insiden itu muncul dalam talian.

Laporan berita dari 2014 menunjukka­n bahawa dia mengumumka­n sebagai seorang gay dengan melontar sekeping surat ke atas pentas ketika satu konsert Lady Gaga, yang dibacakan oleh bintang itu kepada orang ramai yang termasuk adik perempuann­ya.

“Dakwaan telah dikemukaka­n bagi dua tuduhan membunuh,” kata Doherty, sambil menambah bahawa fokus polis sekarang kepada mengesan mayat dua orang lelaki yang hilang.

Polis menyatakan mayat dua orang lelaki itu telah dibawa dengan sebuah van putih dan dilupuskan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia