Utusan Borneo (Sarawak)

Real Madrid destinasi Mbappe

Penyerang itu hampir pasti akan ke kelab Sepanyol itu musim depan

- Javier Tebas Pengerusi La Liga Sepanyol

PARIS: Pengerusi La Liga Sepanyol, Javier Tebas percaya pemain penyerang, bintang super Kylian Mbappe hampir pasti akan bermain untuk Real Madrid pada musim depan, katanya kepada berita harian Perancis L’Equipe dalam temu bual yang diterbitka­n semalam.

Kapten Perancis berusia 25 tahun itu memberitah­u kelabnya Paris Saint-Germain (PSG) pada awal bulan ini bahawa dia akan meninggalk­an mereka pada penghujung musim ini.

“Mengetahui bahawa dia akan meninggalk­an PSG, 99 peratus kemungkina­n Mbappe akan menandatan­gani kontrak dengan Real. Tetapi saya tidak tahu sama ada dia sudah menandatan­ganinya,” kata presiden La Liga, Tebas.

Mbappe tidak pernah

Mengetahui bahawa dia akan meninggalk­an PSG, 99 peratus kemungkina­n Mbappe akan menandatan­gani kontrak dengan Real. Tetapi saya tidak tahu sama ada dia sudah menandatan­ganinya.

menyembuny­ikan minatnya sejak zaman kanak-kanak buat Real Madrid, yang merupakan calon utama untuk mendapatka­n salah satu bakat terhebat dalam dunia bola sepak itu.

“Ia berita gempar untuk Real dan untuk bola sepak Sepanyol. Dia ialah salah seorang pemain terbaik di dunia. Dari sudut pandangan saya, (Jude) Bellingham, (Erling) Haaland dan Mbappe merupakan tiga pemain dominan di planet ini, dan dua daripadany­a sudah berada di Real Madrid,” kata Tebas.

Sumber yang rapat dengan perkara itu berkata, rundingan gaji antara Real dan Mbappe masih diteruskan.

Tebas juga memuji cara Real Madrid dikendalik­an.

“Dari segi ekonomi,

mereka sangat responsif,” katanya.

“Pada masa ini, keputusan kewangan mereka sangat baik dan mereka boleh berbelanja lebih banyak berbanding yang mereka sedang lakukan. Real sangat berhemat dari segi kewangan dan bersedia untuk menandatan­gani Mbappe.” — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? PANAS: Berita perpindaha­n Mbappe ke Real Madrid menjadi tajuk utama di sebuah akhbar tempatan Madrid, Marca.
— Gambar AFP PANAS: Berita perpindaha­n Mbappe ke Real Madrid menjadi tajuk utama di sebuah akhbar tempatan Madrid, Marca.
 ?? ?? MBAPPE
MBAPPE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia