Utusan Borneo (Sarawak)

Guardiola yakin Man Utd akan lebih mencabar pada tahun mendatang

-

Pengurus Manchester City, Pep Guardiola menjangkak­an cabaran yang lebih sukar daripada Manchester United pada tahun-tahun akan datang selepas jutawan Britain Jim Ratcliffe membeli kepentinga­n minoriti dalam kelab itu minggu ini.

Ratcliffe, yang telah mengambil 27.7 peratus kepentinga­n dalam United dan akan mengawal operasi bola sepak, berkata dia berhasrat untuk menjatuhka­n City dan Liverpool “dari tempat mereka” dalam tempoh tiga tahun.

United belum memenangi Liga Perdana sejak bekas pengurus Alex Ferguson bersara pada 2013 sementara City telah menjadi kuasa dominan dalam bola sepak Inggeris.

Pasukan Manchester biru telah memenangi tujuh kejuaraan Liga Perdana dalam 12 musim, lima daripadany­a berada di bawah kendalian Guardiola.

Ratcliffe telah meluangkan masa untuk memulihkan pasukan kakitangan United, melamar Omar Berrada dari City untuk menjadi ketua pegawai eksekutif (CEO) baharu kelab dan cuba mendapatka­n pengarah sukan Newcastle, Dan Ashworth.

“Saya rasa saya cukup pasti bahawa dengan Sir Jim Ratcliffe dan kakitangan yang lain, Manchester United akan mengorak langkah ke hadapan,” kata Guardiola pada sidang media pra-perlawanan kelmarin, menjelang lawatan ke Bournemout­h.

“Saya rasa mereka tahu apa yang mereka perlu lakukan, melantik orang yang mereka perlukan. Dengan pengalaman­nya dalam dunia perniagaan, dia boleh menjadikan projek itu lebih baik, tetapi itu perkara biasa.

“Semua pasukan mahu (berada di puncak) dan kami mahu berada di sana. Selagi saya di sini, kami akan cuba berada di sana lagi.”

Kevin De Bruyne kembali untuk City pada hujung minggu ini apabila Guardiola mengesahka­n pemain Belgium itu “tidak cedera.”

Pemain tengah itu menghabisk­an keseluruha­n perlawanan kemenangan 1-0 ke atas Brentford pada Selasa di bangku simpanan kerana kesakitan “menggigit” di hamstringn­ya.

Pemain berusia 32 tahun itu tidak bermain selama lima bulan musim ini selepas hamstringn­ya koyak pada malam pembukaan kempen liga.

De Bruyne bermain dalam prestasi cemerlang sejak kemunculan­nya semula pada Januari, menjaringk­an dua gol dan memberikan tujuh bantuan dalam lapan penampilan.

City kekal dalam usaha untuk mempertaha­nkan tiga gelaran, Liga Perdana, Liga Juara-Juara dan Piala FA yang dimenangi musim lalu.

Guardiola percaya keputusann­ya betul untuk merehatkan De Bruyne memandangk­an perlawanan yang banyak dalam beberapa bulan akan datang.

“Dia sihat, tidak cedera,” kata jurulatih City itu. “Saya tidak tahu sama ada dia sihat 100 peratus tetapi kami membuat keputusan yang betul untuk tidak mengambil risiko. Jika keputusan perlawanan tidak baik, orang akan bertanya mengapa dia tidak bermain. Dia merasa tidak selesa.

“Sehari selepas perlawanan, dia tidak berlatih dan semalam semua orang bercuti, tetapi dia berlatih sendiri. Hari ini kami akan menilai lagi. Saya pasti dia akan bermain.”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia