Utusan Borneo (Sarawak)

Tujuh penerjun Sarawak wakili negara ke AAGC Ke-11 di Filipina

-

Tujuh penerjun dan seorang jurulatih dari Sarawak mewakili Malaysia pada temasya Asian Age Group Championsh­ip (AAGC) ke-11 di New Clark City, Filipina bermula semalam hingga 2 Mac ini.

Anggota skuad akuatik terdiri penerjun sandaran negara, Soh Tze Kang dan Jared Aiden Harold serta penerjun elit, Dayang Nursharzyr­a Awang Nasaruddin, Muhammad Lutfir Rahman, Nurul Farisya Alia Affendi, Trisya Ann Voon dan Cecilia Olivia Christophe­r diiringi ketua jurulatih Sarawak, Shi Yang.

“Saya yakin kita mampu meraih beberapa pingat, tetapi sukar meramal pungutan pingat emas kerana ia menjadi saingan sangat sengit terutamany­a dengan kehadiran penerjun dari China dan Korea Selatan.

“Bagaimanap­un, ia juga menjadi perjalanan pendedahan terbaik tujuh penerjun kami membuat penampilan sulung pada kejuaraan terbabit,” kata Shi dalam satu kenyataan di sini semalam.

Tujuh penerjun itu merupakan atlet skuad Sukan Malaysia (SUKMA) ke-21 dan mereka menjalani latihan intensif selama dua minggu di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil sebagai persediaan menghadapi AAGC.

Atlet-atlet lain pasukan terjun Malaysia ialah Megat Azmi Hakim Megat Nor Ismail, Teng Hui Xue, Lee Yiat Qing, Donald Chen Win, Megat Syakir Hashim Megat Nor Ismail dan Arif Aisy Rossharish­am.

Mereka diketuai ketua jurulatih, Nor Aznizal Najib manakala pengurus pasukan ialah Khairul Safwan Mansur dibantu Gracie Junita Terry. Turut mengiringi pasukan itu ialah hakim, Awang Sharuddin Manis.

Sementara itu, lima atlet polo air dari Sarawak turut dipilih mewakili negara pada kejohanan terbabit. Mereka ialah Julius Abbas, Ong Zong Lian, Casper Tan, Bryan Lee dan Presley Phang dianggap sebagai bakat muda dipimpin oleh ketua jurulatih negeri, Voon Yong Hui.

Mengenai kejohanan, kirakira 1,300 atlet dari 31 negara dijangka menyertai AAGC di New Clark City Aquatic Centre menampilka­n empat disiplin termasuk renang dan artistik.

Mereka bersaing dalam kategori umur 12, 14, 15-17 dan 18 dan ke atas. Acara renang pada kejohanan itu juga menjadi kelayakan Sukan Olimpik Paris 2024.

 ?? ?? MANTAP: Barisan skuad akuatik beraksi pada AAGC ke-11 di New Clark City, Filipina bermula semalam hingga 2 Mac ini.
MANTAP: Barisan skuad akuatik beraksi pada AAGC ke-11 di New Clark City, Filipina bermula semalam hingga 2 Mac ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia