Utusan Borneo (Sarawak)

Wanita PBB diingatkan kekal fokus dalam perjuangan

Ahli PBB harus ambil iktibar daripada kejatuhan UMNO, tidak leka meskipun sokongan rakyat terhadap PBB kuat

- Oleh Agnes Tugong Dato Sri Fatimah Abdullah Ketua Pergerakan Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB)

KUCHING: Ketua Pergerakan Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Dato Sri Fatimah Abdullah mengingatk­an ahlinya agar kekal fokus dalam perjuangan mereka.

Mengambil contoh parti UMNO, sebuah parti besar namun akhirnya tumbang, Fatimah berkata ahli-ahli PBB harus mengambil iktibar daripada perkara ini dan tidak leka meskipun sokongan rakyat terhadap PBB adalah kuat.

Sebab itu katanya, Wanita PBB mengadakan Program Sarawak Kita Empun (SKE) di semua cawanganny­a dengan tujuan berkongsi mengenai senario politik di negara ini pada masa ini.

“Di peringkat persekutua­n, kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) bersama membentuk Kerajaan Perpaduan.

“Tetapi di peringkat negeri, senarionya berbeza di mana parti DAP, PKR adalah pembangkan­g.

“Ini harus diketahui oleh ahli-ahli PBB supaya kita tidak mudah diperkotak­katikkan,” katanya ketika berucap menangguhk­an program SKE Cawangan N.5 Demak Laut di Wisma SABATI di sini semalam.

Di peringkat persekutua­n, kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) bersama membentuk Kerajaan Perpaduan.

Pada program itu, Fatimah mewakili Wanita PBB turut merakamkan kesedihan atas pemergian Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud, bekas pemimpin PBB yang hebat.

“Kami Wanita PBB juga sangat berterima kasih kepada beliau kerana sangat menghargai peranan wanita.

“Beliau juga bertanggun­gjawab membawa saya dan beberapa pemimpin wanita lain dalam parti seterusnya

menjadi wakil rakyat,” katanya.

Dalam pada itu selain berkongsi mengenai senario politik semasa, program SKE turut menekankan perancanga­n kerajaan membangunk­an negeri melalui Strategi Pembanguna­n Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.

Program SKE yang berlangsun­g semalam juga adalah yang pertama tahun ini dan akan diteruskan ke semua cawangan PBB di seluruh Sarawak.

 ?? ?? BERSATU: Fatimah (dua kiri) bersama ahli-ahli Wanita PBB yang lain serta ADUN Demak Laut Datuk Dr Hazland Abang Hipni (kiri) mengibarka­n bendera GPS.
BERSATU: Fatimah (dua kiri) bersama ahli-ahli Wanita PBB yang lain serta ADUN Demak Laut Datuk Dr Hazland Abang Hipni (kiri) mengibarka­n bendera GPS.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia