Utusan Borneo (Sarawak)

Golongan muda digalakkan tampil menyertai organisasi belia JCI

-

Golongan muda digalakkan tampil menyertai organisasi belia seperti Junior Chamber Internatio­nal (JCI) sebagai landasan untuk latihan kepimpinan.

Menteri Pengangkut­an, Dato Sri Lee Kim Shin berkata melalui penyertaan dalam organisasi berstruktu­r seperti ini golongan belia dapat belajar banyak perkara baharu merentasi global.

“JCI sangat terkenal sebagai satu landasan bagi mengasah kemahiran kepimpinan dan semua ahli berpeluang menjadi pemimpin demi kejayaan organisasi.

“Oleh itu, saya amat berharap ramai golongan muda dapat menyertai organisasi belia seperti JCI ini di mana anda dapat belajar banyak daripada komuniti belia seluruh dunia, bukan sahaja tempatan,” katanya berucap pada Majlis Perlantika­n Ahli Jawatankua­sa JCI Riam ke-14 2024 di sini semalam.

Sehubungan itu, Lee berkata dalam menyertai organisasi seperti ini ahli-ahli juga digesa agar berfikir dan bertindak secara global dan bukan hanya terhad isu-isu tempatan sahaja.

“Jika anda mahu kemajuan, anda perlu tahu apa sedang berlaku sekarang dan apakah trend global kini.

“Salah satunya boleh difikirkan adalah berkenaan kebimbanga­n dunia terhadap pembanguna­n kelestaria­n di mana ia merupakan salah satu matlamat penting di bawah Matlamat Pembanguna­n Mapan (SDG) iaitu memerangi perubahan iklim.

“Saya berharap pemimpin muda sekarang perlu fokus mengenai SDG kerana masa depan global bergantung kepada bagaimana kita boleh menghadapi cabaran hari ini dan bagaimana kita boleh mengatasi perubahan iklim,” jelasnya.

Terdahulu, Lee menyaksika­n angkat sumpah perlantika­n Jarone Choo sebagai Presiden JCI Riam ke-14 mengambil alih jawatan itu daripada Presiden JCI Riam ke-13, Kelvin Hii.

 ?? ?? DIRAIKAN: Lee (duduk tengah) bersama ahli-ahli JCI pada Majlis Perlantika­n Ahli Jawatankua­sa JCI Riam ke-14 2024 di Miri semalam.
DIRAIKAN: Lee (duduk tengah) bersama ahli-ahli JCI pada Majlis Perlantika­n Ahli Jawatankua­sa JCI Riam ke-14 2024 di Miri semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia