Utusan Borneo (Sarawak)

Penganjur Bazar Ramadan Sibu sedia alternatif aplikasi WhatsApp

-

Penganjur Bazar Ramadan di Dataran Tun Tuanku Bujang Fasa II akan menyediaka­n alternatif melalui aplikasi WhatsApp menerima sebarang aduan daripada pengunjung berkaitan kualiti dan kebersihan makanan di bazar tersebut.

Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembanguna­n Bakat I, Datuk Dr Annuar Rapaee berkata kemudahan ini disediakan bagi memastikan peniaga sentiasa menjaga kualiti dan kebersihan makanan mereka jual.

“Jadi, semua 108 gerai ini diberikan nombor dan perlu dinyatakan dengan jelas di hadapan gerai mereka supaya memudahkan pengunjung membuat aduan sekiranya mereka tidak berpuas hati dengan makanan dibeli di gerai tersebut.

”Menerusi aduan diterima berserta nombor gerai, kita minta pihak kesihatan datang (memeriksa) dan kita (penganjur) juga turut menjalanka­n pemantauan.

“Sekiranya benar mempunyai isu kebersihan (atau makanan basi), kita akan mengarahka­n peniaga terbabit tutup serta-merta selama dua minggu,” katanya ditemui setelah sesi taklimat bersama peniaga Bazar Ramadan di Dataran Tun Tuanku Bujang Fasa II di sini semalam.

Dr Annuar berkata, nombor aplikasi whatsapp untuk menyalurka­n aduan akan didedahkan kepada orang ramai dalam masa terdekat ini.

Justeru, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka itu mengingatk­an peniaga supaya sentiasa menjaga kualiti dan kebersihan makanan termasuk makanan mereka ambil daripada pembekal luar.

“Oleh itu, saya memberitah­u mereka untuk memeriksa dengan betul sebelum mereka menerima makanan daripada vendor lain atau pembekal lain sebelum menjual makanan tersebut.

”Jika tidak, mereka bertanggun­gjawab sekiranya berlaku sesuatu atau menerima aduan daripada pengunjung,“jelasnya.

Sementara itu, Dr Annuar memberitah­u Bazar Ramadan tahun ini dianjurkan oleh Pusat Khidmat Nangka dengan kerjasama dua persatuan peniaga di Sibu.

Menurutnya, konsep kali ini tampil berbeza di mana ruang tengah bazar akan disediakan meja dan kerusi untuk pengunjung berbuka puasa.

“Kami juga menyediaka­n kawasan kecil untuk surau. Jadi, ini adalah konsep sama sekali berbeza seperti tahun sebelumnya di mana tiada tempat untuk mereka duduk dan berbuka puasa,“katanya.

 ?? ?? TAKLIMAT: Dr Annuar (empat kiri) dan yang lain pada sesi taklimat bersama peniaga Bazar Ramadan di Dataran Tun Tuanku Bujang Fasa II, Sibu semalam.
TAKLIMAT: Dr Annuar (empat kiri) dan yang lain pada sesi taklimat bersama peniaga Bazar Ramadan di Dataran Tun Tuanku Bujang Fasa II, Sibu semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia