Utusan Borneo (Sarawak)

Pertukaran Ketua Pengarah Tourism Malaysia tiada isu perkauman: Tiong

-

Pertukaran Ketua Pengarah Tourism Malaysia tiada kena mengena dengan isu perkauman, sebaliknya dilakukan mengikuti peraturan dan proses sedia ada, kata Menteri Pelanconga­n Seni dan Budaya, Dato Sri Tiong King Sing.

Ahli Parlimen Bintulu itu menafikan isu pertukaran itu mempunyai kaitan dengan isu perkauman, sebaliknya ia dilaksanak­an di bawah Subseksyen 10 (1) Akta Lembaga Penggalaka­n Pelanconga­n Malaysia 1992 (Akta 481), dibaca bersama Seksyen 47 Akta Taksiran 1948 dan 1967 (Akta 388).

“Saya amat menghargai jasa disumbangk­an dan berterima kasih Ketua Pengarah Tourism Malaysia sebelum ini, Datuk Dr Ammar Abd Ghapar banyak menyumbang jasa dalam sektor pelanconga­n negara,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Tiong berkata, Petunjuk Prestasi Utama (KPI) adalah keutamaan dalam penila

ian tidak kira seseorang itu menganuti agama atau bangsa apa sekalipun jika bagus dan cemerlang dalam perkhidmat­an sudah tentu dipuji.

Beliau menjelaska­n hanya segelintir mereka ekstremis sahaja gemar menjadikan isu itu sebagai isu agama.

“Saya mengambil maklum kenyataan beliau (Ammar) kepada media menyatakan kekecewaan­nya yang mana saya cuma ingin menasihati beliau supaya muhasabah diri,” jelasnya.

Menurutnya, beliau terbukti gagal menjalanka­n tanggungja­wab diberikan bagi membawa Tourism Malaysia ke tahap lebih tinggi walaupun beliau sendiri mengakui berkhidmat selama 36 tahun.

Misalnya, tugasan membawa masuk pelancong ke Malaysia sebagai contoh dengan menyasarka­n kemasukan 5 juta pelancong dari China termasuk menyokong industri halal tempatan di mana China antara negara mempunyai penduduk muslim tertinggi.

“Tetapi, beliau kata hanya mampu membawa masuk 3 juta pelancong namun akhirnya hanya mampu membawa masuk 1.6 juta pelancong,” katanya.

Malah, terdapat juga aduan pelbagai pihak mendakwa sukar berurusan dengan Ketua Pengarah dan pegawainya, sekali gus membantutk­an usaha merancakka­n pertumbuha­n ekonomi pelanconga­n Malaysia.

Selain itu, sepanjang memikul tanggungja­wab mengetuai agensi penting seperti Tourism Malaysia, beliau dilihat tidak mempunyai perancanga­n konstrukti­f, tiada produk pelanconga­n baharu serta tiada libat urus secara efektif dan berterusan dengan industri termasuk kerajaan negeri di seluruh negara.

“Apa guna memiliki pengalaman atau kelayakan akademik seperti Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam pelanconga­n, tetapi tidak menunjukka­n prestasi baik, tambahan pula sudah lebih setahun nasihat diberikan supaya menambah baik mutu perkhidmat­an,” katanya.

Menurut Tiong, beliau sudah diberikan peluang kerana memiliki PhD dalam bidang pelanconga­n namun khidmat diberikann­ya tidak setara dengan kelulusann­ya.

Tiong sekali lagi menegaskan beliau seorang berterus terang dan tegas melakukan sesuatu dan sekiranya seseorang diamanahka­n itu tidak mampu buat kerja dengan baik, beri peluang kepada orang lain.

 ?? ?? TIONG
TIONG

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia