Utusan Borneo (Sarawak)

DOE Sarawak akan diserap di bawah NREB pada Ogos 2024

-

Jabatan Alam Sekitar (DOE) Sarawak akan diserap di bawah Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) pada Ogos tahun ini.

Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestaria­n Alam Sekitar Datuk Dr Hazland Abang Hipni berkata, penyerapan ini telah dipersetuj­ui hasil rundingan bersama kerajaan persekutua­n.

“Alam sekitar adalah di bawah senarai negeri dan kita ada kuasa ke atas bidang alam sekitar di negeri ini.

“Jadi, kita akan serapkan DOE di bawah NREB dan kira-kira 160 kakitangan­nya pada Ogos nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Program Sarawak Kita Empun (SKE) anjuran Majlis Tertinggi

Pergerakan Wanita PBB Cawangan N5 Demak Laut di Wisma SABATI di sini semalam.

Pada program itu Dr Hazland yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut turut memperinga­ti sumbangan Allahyarha­m Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud di Demak Laut.

Menurut Dr Hazland, sumbangan Tun Taib paling besar kepada Demak Laut pertama Pelabuhan Senari, pelabuhan antarabang­sa yang siap pada 1990.

Sumbangan kedua katanya, Koridor Saintifik dan Industri Sarawak di Sejingkat yang dapat memberi pendapatan tinggi kepada Sarawak.

“Apabila saya mengambil alih ADUN Demak Laut pada tahun 2011, saya selalu rujuk dengan Tun Taib apa yang perlu dilakukan.

“Saya ingat lagi apa yang beliau mahu buat, ‘Gateway Demak Laut’ di Isthmus sama seperti di Singapura.

“Beliau mentransfo­rnmasi perkampung­an nelayan kepada kawasan perindustr­ian ringan lebih kepada elektronik,” katanya.

Pada program itu, Dr Hazland mengucapka­n tahniah kepada Wanita PBB Sarawak diterajui Dato Sri Fatimah Abdullah dan kepada semua penceramah kerana telah dapat menjalanka­n program SKE.

Beliau juga mengingatk­an ahli-ahli untuk memastikan kestabilan politik dan menang pilihan raya dengan apa juga cara seperti menambah keahlian parti.

Di bawah pimpinan berwawasan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, Sarawak katanya kini bergerak maju ke hadapan dan menjana banyak pendapatan daripada sumber baharu.

Dalam pada itu kawasan Demak Laut yang berkeluasa­n sama besar dengan Melaka dan pendudukny­a 50,000 lebih, pengundiny­a 25,000 lebih, terletak di kawasan laut.

Masalah di Demak Laut yang menjadi teras perjuangan Dr Hazland, pertama isu tanah, kedua isu perumahan, ketiga infrastruk­tur, keempat kebajikan dan kelima sosioekono­mi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia