Utusan Borneo (Sarawak)

Jualan Rahmah dua kali sebulan bantu penduduk dapatkan barang keperluan

-

Program Jualan Rahmah (PJR) dirancang diadakan dua kali dalam sebulan membolehka­n penduduk mendapatka­n barang keperluan dengan harga lebih murah.

Timbalan Menteri Pelanconga­n, Industri Kreatif dan Seni Persembaha­n Datuk Sebastian Ting meminta kerjasama pengurusan pasar raya agar terlibat dengan program yang dikendalik­an bersama Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) itu.

“Kita mengajak pasar raya terlibat kerana program ini diadakan secara bergerak di kawasan-kawasan lain. Kita mahu adakan dua kali sebulan agar lebih ramai penduduk datang membeli,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program itu di sebuah pasar raya di sini semalam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Piasau itu berkata, program tersebut adalah pertama diadakan untuk kawasan beliau.

Ting berterima kasih kepada KPDN dan kerajaan pusat kerana merancang dan melaksanak­an program itu untuk manfaat rakyat khasnya golongan memerlukan.

“Di bawah Kerajaan Perpaduan, kita perlu bekerjasam­a untuk rakyat khasnya ketika masa sukar sekarang kerana harga barang semakin mahal.

“Dengan mengadakan program ini dua kali sebulan memberi impak besar terhadap aktiviti pembelian pengguna,” jelasnya.

Terdahulu, Pengarah KPDN Sarawak Matthew Dominic Barin berkata antara objektif utama jualan itu adalah untuk mengurangk­an kos sara hidup rakyat.

Matthew memberitah­u,

KPDN merancang mengadakan program itu setiap bulan dengan sasaran dua kali sebulan di setiap kawasan Parlimen.

Sebanyak 20 barang termasuk makanan dan keperluan rumah dijual pada harga lebih murah daripada harga pasaran bermula kelmarin selama dua hari di pasar raya Sea Horse King di sini.

Katanya, potongan harga ditawarkan adalah dari 10 hingga 30 peratus.

Antaranya beras Cap Amoi Wangi (Super Import) 10kg daripada RM40 kepada RM28, minyak masak Knife (Super Import) 5kg daripada RM31.99 kepada RM24.99, telur ayam selenium gred B (30 biji) daripada RM18.50 kepada RM13.99 dan bawang besar daripada RM3.99 kepada RM2.99.

Hadir sama Ketua KPDN Miri Joe Azmi Jamil.

 ?? ?? JUALAN RAHMAH: (Dari dua kiri), Matthew, Ting dan Joe Azmi menunjukka­n barangan dikenakan diskaun PJR di Piasau, Miri semalam.
JUALAN RAHMAH: (Dari dua kiri), Matthew, Ting dan Joe Azmi menunjukka­n barangan dikenakan diskaun PJR di Piasau, Miri semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia