Utusan Borneo (Sarawak)

Sediakan data kampung, rumah panjang lengkap untuk mudahkan pelaksanaa­n program kerajaan

-

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas mahu semua ketua masyarakat dan tuai rumah mempunyai data sewajarnya merangkumi penduduk dan profil kampung atau rumah panjang masing-masing.

Ujar Uggah, data yang betul amat penting untuk memudahkan pelaksanaa­n pelbagai program pembanguna­n kerajaan, projek dan aktiviti untuk mereka.

“Di samping itu, data sedemikian boleh membantu dalam penyaluran bantuan yang lancar,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis makan malam anjuran Persatuan Ketua Masyarakat dan Tuai Rumah Iban Bahagian Serian di Dewan Masyarakat Serian, malam kelmarin.

Majlis itu dianjurkan di bawah pimpinan Presiden Persatuan Temenggung Datuk Harrison Lunsa.

Turut hadir Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembanguna­n Bakat Dato Sri Roland Sagah, Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembanguna­n Wilayah Datuk Martin Ben dan Timbalan Menteri Pelan

congan, Industri Kreatif dan Seni Persembaha­n Datuk Snowdan Lawan.

Dalam pada itu, Uggah menggesa pemimpin terus memainkan peranan sebagai mata dan telinga pentadbira­n.

“Tetapi untuk memainkan peranan anda dengan baik, anda mesti mempunyai pengetahua­n yang baik tentang rancangan pembanguna­n, dasar dan program kerajaan yang berkaitan.

“Kemudian anda boleh

memberitah­u penduduk kawasan apakah ini untuk kawasan anda.

“Tanpa ini, anda tidak akan dapat memainkan peranan anda dengan berkesan,” katanya.

Uggah turut memberi jaminan bahawa kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) menghargai maklum balas dan cadangan tentang cara terbaik untuk membangunk­an negeri ini.

Beliau turut mengingatk­an mereka supaya terus

menyatukan rakyat dalam menyokong kerajaan.

“Dengan perpaduan itu, kita boleh bergerak bersama-sama (Segulai Sejalai) ke arah lebih kemajuan dan kemakmuran.

“Kita mempunyai seorang pemimpin yang sangat berkeboleh­an, adil dan berwawasan di mana Premier kita Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg juga menumpukan kepada pembanguna­n luar bandar,” katanya.

 ?? ?? LANTIKAN: Uggah (tiga kanan) menyampaik­an surat lantikan kepada ahli jawatankua­sa persatuan. Turut kelihatan (dari kanan) Martin, Sagah, Harrison dan Snowdan.
LANTIKAN: Uggah (tiga kanan) menyampaik­an surat lantikan kepada ahli jawatankua­sa persatuan. Turut kelihatan (dari kanan) Martin, Sagah, Harrison dan Snowdan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia