Utusan Borneo (Sarawak)

Pemilik NCR diseru beri kerjasama kepada JTS

Kira-kira 2.76 juta ekar tanah NCR di seluruh negeri telah disukat perimeter di bawah Seksyen 6, Kanun Tanah Negeri

- Timbalan Premier Sarawak

KUCHING: Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas menyeru pemilik tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) Iban di bahagian Serian untuk memberi kerjasama sepenuhnya kepada Jabatan Tanah dan Survei.

“Anda boleh memilih untuk mengikuti modul Persatuan Kebangsaan Dayak Bidayuh (DBNA) untuk mempercepa­tkan proses melalui penyertaan anda.

“Saya menggunaka­n modul ini di kawasan Bukit Saban di mana kami melibatkan mereka yang mempunyai pengetahua­n ukur untuk bekerjasam­a rapat dengan pasukan Jabatan Tanah dan Survei dan pemilik tanah sendiri.

“Kami telah melakukann­ya dengan baik dalam mempercepa­tkan proses,” katanya semasa berucap pada majlis makan malam anjuran Persatuan Ketua Masyar

Anda boleh memilih untuk mengikuti modul Persatuan Kebangsaan Dayak Bidayuh (DBNA) untuk mempercepa­tkan proses melalui penyertaan anda.

Datuk Amar Douglas Uggah Embas

akat dan Tuai Rumah Iban Bahagian Serian di Dewan Masyarakat Serian, malam kelmarin.

Ujar Uggah, setakat ini kira-kira 2.76 juta ekar tanah NCR di seluruh negeri telah disukat perimeter di bawah Seksyen 6, Kanun Tanah Negeri.

“Kita kini mempunyai 2.1 juta ekar yang telah diwartakan sebagai Rizab Komunal Bumiputera (Pertanian) di bawah Seksyen 6 Kanun Tanah kita.

“Sebanyak 250,000 ekar lagi telah diukur di bawah Seksyen 18 dan diberi hak milik tanah.

“Dan nasihat kita kepada pemilik yang telah mendapat hak milik, sila gunakan tanah anda untuk apa-apa aktiviti pertanian supaya anda memperoleh pendapatan,” katanya.

Hadir sama, Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembanguna­n Bakat Dato Sri Roland Sagah, Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembanguna­n Wilayah Datuk Martin Ben dan Timbalan Menteri Pelanconga­n, Industri Kreatif dan Seni Persembaha­n

Datuk Snowdan Lawan.

Pada majlis itu, Uggah menyampaik­an cek berjumlah RM30,000 kepada persatuan untuk membiayai

pelbagai aktiviti dan tiga set pengesan mudah alih (GPS) untuk membantu mereka dalam proses ukur tanah NCR mereka.

Manakala Snowdan pula menjanjika­n RM20,000 dan RM10,000 masing-masing daripada Sagah dan Martin untuk persatuan itu.

 ?? ?? TERIMALAH: Uggah (tengah) menyampaik­an cek kepada Presiden Persatuan Temenggung Datuk Harrison Lunsa. Turut kelihatan Martin (kanan), Sagah (kedua kanan) dan Snowdan.
TERIMALAH: Uggah (tengah) menyampaik­an cek kepada Presiden Persatuan Temenggung Datuk Harrison Lunsa. Turut kelihatan Martin (kanan), Sagah (kedua kanan) dan Snowdan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia