Utusan Borneo (Sarawak)

MeMoSA tingkat jangkauan, kebolehcap­aian awal kanser mulut kalangan komuniti terpencil

-

KOTA SAMARAHAN: Pembanguna­n projek rintis Mobile Mouth Screening Anywhere (MeMoSA) dilaksanak­an bagi meningkatk­an jangkauan dan kebolehcap­aian awal kanser mulut dalam kalangan komuniti terpencil di negara ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata, teknologi digital ini dibangunka­n untuk meningkatk­an pencapaian melebihi 30 peratus pengesanan awal kanser mulut pada tahap satu.

Menurutnya, ia merupakan salah satu sasaran yang terdapat dalam pelan strategik kesihatan pergigian kebangsaan 2023-2030.

“Ini kerana, lebih 60 peratus pesakit sebelum ini menangguhk­an rawatan kerana mereka menganggap kesakitan di dalam mulut itu tidak membimbang­kan.

“Biasanya kita sebagai rakyat di negara ini berpendapa­t, selagi tiada kesakitan dalam mulut...tiada keperluan untuk membuat pemeriksaa­n dan berjumpa doktor,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam teks ucapan yang dibacakan oleh Pengarah Kanan Kesihatan Pergigian, Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) Dr Noormi Othman pada Majlis Perasmian Penutupan Bulan Kesedaran Kanser Mulut Peringkat Kebangsaan 2024 di The Summer Shopping Mall, di sini semalam.

Jelasnya, pada kebiasaan, masyarakat akan berjumpa dengan doktor untuk membuat pemeriksaa­n sekiranya mulut mereka mula berasa sakit.

“Jangan tunggu sehingga mula berasa sakit, sensitif dan sebagainya di dalam mulut baru hendak mencari klinik gigi dan doktor.

“Keadaan seperti itu (sakit) merupakan keadaan pada tahap yang berbahaya dan oleh sebab itu kita galakkan untuk membuat pemeriksaa­n (mulut) sekurangku­rangnya setahun sekali,” ujarnya.

Katanya lagi, tindakan membuat pemeriksaa­n mulut perlu dilakukan memandangk­an kesihatan mulut merupakan pintu utama kepada kesihatan keseluruha­n badan seseorang.

Hadir sama, Pengarah Kesihatan Negeri Sarawak Dr Veronica Lugah, Residen Bahagian Samarahan Mohamad Irwan Bahari Bujang dan tetamu jemputan yang lain.

 ?? ?? RASMI: Dr Noormi (tengah) semasa menyempurn­akan simbolik perasmian Majlis Penutupan Bulan Kesedaran Kanser Mulut Peringkat Kebangsaan 2024 di The Summer Shopping Mall semalam.
RASMI: Dr Noormi (tengah) semasa menyempurn­akan simbolik perasmian Majlis Penutupan Bulan Kesedaran Kanser Mulut Peringkat Kebangsaan 2024 di The Summer Shopping Mall semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia