Utusan Borneo (Sarawak)

Sarawak masih kekurangan klinik pergigian

Setakat ini hanya 50 klinik pergigian di bawah KKM yang ada di seluruh Sarawak

- Oleh Hamkar Sarbinee Pengarah Kesihatan Negeri Sarawak

KOTA SAMARAHAN: Sarawak masih kekurangan infrastruk­tur klinik pergigian di bawah Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM), kata Pengarah Kesihatan Negeri Sarawak Dr Veronica Lugah.

Menurutnya, setakat ini hanya 50 klinik pergigian di bawah KKM yang ada di seluruh Sarawak.

“Sekiranya dibandingk­an nisbah doktor gigi dengan penduduk, di Sarawak... seorang doktor gigi perlu merawat sebanyak 3,829 penduduk.

“Ia menyaksika­n Sarawak masih kurang dalam perkhidmat­an pergigian dan saya akan berusaha bekerjasam­a dengan Kerajaan Sarawak dan persekutua­n untuk menambah perkhidmat­an pergigian di negeri ini,” ujarnya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Perasmian Penutupan Bulan Kesedaran Kanser Mulut Peringkat Kebangsaan 2024

Sekiranya dibandingk­an nisbah doktor gigi dengan penduduk, di Sarawak...seorang doktor gigi perlu merawat sebanyak 3,829 penduduk.

Dr Veronica Lugah

di The Summer Shopping Mall, di sini semalam.

Majlis tersebut disempurna­kan oleh Pengarah Kanan Kesihatan Pergigian, Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) Dr Noormi Othman yang mewakili Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan.

Beliau pada masa yang sama menasihati agar penduduk

sentiasa membuat pemeriksaa­n ke atas gigi masing-masing.

Selain berkaitan pergigian, Dr Veronica turut berharap agar rakyat di Sarawak berhati-hati dengan ancaman penyakit rabies.

“Hampir 100 peratus pesakit yang didiagnosa­kan sebagai penyakit rabies akan meninggal dunia.

“Begitulah bahayanya penyakit rabies ini di mana ia berjangkit melalui gigitan haiwan termasuk gigitan dan cakaran kucing,” ujarnya.

Oleh itu katanya, penduduk Sarawak perlu sensitif terhadap haiwan peliharaan mereka untuk mendapatka­n vaksin rabies sekurangku­rangnya sekali setahun.

Mengenai penganjura­n

bulan kesedaran kanser, beliau berkata pelbagai aktiviti telah dilaksanak­an seperti pemeriksaa­n kesihatan, temu bual bersama pakar, pertanding­an tiktok, video pendek, komik, pameran kesihatan dan sebagainya.

Hadir sama, Residen Bahagian Samarahan Mohamad Irwan Bahari Bujang dan tetamu jemputan yang lain.

 ?? ?? TANDA INGATAN: Dr Veronica (dua kanan) menyampaik­an cenderamat­a kepada Dr Noormi semasa majlis tersebut.
TANDA INGATAN: Dr Veronica (dua kanan) menyampaik­an cenderamat­a kepada Dr Noormi semasa majlis tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia