Utusan Borneo (Sarawak)

Ahli Kelab Lions Antarabang­sa digalak perbanyak program pendidikan kepada kanak-kanak

-

Ahli Kelab Lions Antarabang­sa digalak menganjurk­an lebih banyak program pendidikan kepada kanak-kanak bagi membangunk­an kemahiran komunikasi mereka.

Gabenor Yayasan Daerah 308-A2 Kelab Lions Antarabang­sa Kapitan Ronny Hew berkata, ia sekali gus dapat meningkatk­an keyakinan dan membentuk jati diri positif.

Sebagai contoh katanya, Kelab Lions Antarabang­sa boleh mengadakan aktiviti pembelajar­an dengan memberi mereka topik penyelesai­an yang akan meransang pemikiran kritis untuk menyelesai­kan masalah.

“Kita (Kelab Lion) tidak pernah gagal dalam mengenal pasti keperluan komuniti.

“Kita berkhidmat dengan tujuan dan kita bersatu dalam mengenal pasti dan melayani masalah dunia yang meliputi keperluan utama seperti diabetes, masalah penglihata­n, kebuluran, persekitar­an, kanser kanak-kanak, bantuan bencana, bantuan kemanusiaa­n dan belia,” katanya

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Projek Khidmat Masyarakat anjuran Lions Nursing Home Kuching bersama Kelab Lions Antarabang­sa di Dewan Kampung Lubok Buang, Jalan Stutong Baru di sini semalam.

Program tersebut turut disertai lapan Kelab Lions Bandar Kuching dan Kelab Leo.

Sementara itu, Ronny memberi jaminan bahawa pihaknya akansentia­samemberis­okongan kepada generasi muda supaya dapat membuat pilihan positif serta menjalani kehidupan yang sihat dan produktif.

“Kita kini mempunyai program Cub (anak singa) untuk kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah yang akan diajar untuk menjadi sukarelawa­n dari muda.

“Ini akan membantu mereka lebih berdedikas­i bagi membantu komuniti yang memerlukan,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Lions Nursing Homes Kuching Datin Ellis Suriyati Omar melahirkan rasa bangga Kelab Lions menyediaka­n barangan keperluan kepada penduduk yang memerlukan di kampung itu.

“Sebanyak 50 keluarga menerima bantuan makanan, 100 kanak-kanak mendapat sarapan percuma dan set berus dan ubat gigi.

“Kita juga menyumbang­kan buku cerita kepada perpustaka­an Taman D’everglades di kampung tersebut,” katanya.

UNTUK ALBUM: Ronny (empat kanan, barisan belakang), Ellis (dua kiri, barisan belakang) dan yang lain merakam kenangan dengan kanak-kanak yang menerima sarapan percuma dan set berus serta ubat gigi pada Projek Khidmat Masyarakat di Dewan Kampung Lubok Buang semalam.

 ?? — Gambar Roystein Emmor ??
— Gambar Roystein Emmor

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia