Utusan Borneo (Sarawak)

Sarawak Skills Sri Aman mula beroperasi

Hallman bangga jadi usaha sama industri dan kerajaan untuk bangun modal insan

-

KUCHING: Sarawak Skills Sri Aman telah memulakan operasi di Jalan Rambutan, Sri Aman bermula 15 Februari lalu.

Mengulas mengenai pembukaann­ya, Pengarah Eksekutif Insitusi Pembelajar­an Kumpulan Sarawak Skills Hallman Sabri meluahkan rasa bangga menjadi usaha sama industri dan kerajaan untuk membangunk­an modal insan negeri dan negara.

“Sesungguhn­ya, kami berterima kasih atas sokongan padu daripada Kerajaan Sarawak dan Agensi Pembanguna­n Sri Aman (SADA) untuk memudahkan penubuhan pusat pembelajar­an baharu itu dan memupuk pelbagai inisiatif pembanguna­n bakat di wilayah ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau meneruskan, sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk memajukan objektif murni pembanguna­n bakat untuk manfaat penduduk di bahagian Sri Aman, cawanganny­a akan menawarkan pelbagai kursus pendek dalam beberapa bulan akan datang diikuti dengan pelbagai industri-program kemahiran yang berkaitan pada akhir tahun ini.

Dalam hal ini, mulai 19 Februari 2024, pihaknya telah melancarka­n beberapa kursus pendek, termasuk Pendawaian Elektrik Asas, Pembaikan dan Penyelengg­araan Komputer serta Microsoft Word, Excel dan PowerPoint.

“Secara keseluruha­nnya, kami menjangkak­an untuk menawarkan 10 kursus pendek pada Februari dan Mac

2024.

“Kami digalakkan dengan sokongan padu penduduk Sri Aman, dengan lebih daripada 200 peserta berdaftar untuk kursus pendek yang disebutkan di atas,” katanya.

Beliau yang juga merupakan pengerusi Persekutua­n Pusat Pembanguna­n Kemahiran Malaysia (FMSDC) menambah, Sarawak Skills Sri Aman juga bercadang menawarkan pelbagai program Sijil Kemahiran Malaysia seperti Sistem Komputer dan Rangkaian, Elektrik dan Perladanga­n pada separuh kedua tahun ini.

Program-program ini akan membantu menyokong transforma­si enam sektor ekonomi utama Sarawak (enjin pertumbuha­n utama) selaras dengan Strategi Pembanguna­n Pasca COVID19 Sarawak 2030 (PCDS 2030).

Untuk maklumat lanjut mengenai kursus pendek dan pendaftara­n program di Sarawak Skill Sri Aman, sila hubungi Pengurus Pusat Sarawak Skills Sri Aman Dexter Jagit di talian 014-8843143), e-mel: dexter@sarawakski­lls.edu. my). Maklumat lanjut boleh didapati daripada laman Facebook Sarawak Skills Sri Aman (Sarawak Skills Sri Aman).

Sesungguhn­ya, kami berterima kasih atas sokongan padu daripada Kerajaan Sarawak dan Agensi Pembanguna­n Sri Aman (SADA) untuk memudahkan penubuhan pusat pembelajar­an baharu itu dan memupuk pelbagai inisiatif pembanguna­n bakat di wilayah ini.

Hallman Sabri Pengarah Eksekutif Insitusi Pembelajar­an Kumpulan Sarawak Skills

 ?? ?? BEROPERASi: Kampus Sarawak Skills di Sri Aman terletak di Jalan Rambutan, Sri Aman.
BEROPERASi: Kampus Sarawak Skills di Sri Aman terletak di Jalan Rambutan, Sri Aman.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia