Utusan Borneo (Sarawak)

Program Pembanguna­n Usahawan diteruskan bagi memperkasa wanita Sarawak: Fatimah

-

Kementeria­n Pembanguna­n Wanita, KanakKanak dan Kesejahter­aan Komuniti meneruskan Program Pembanguna­n Usahawan bagi memperkasa wanita Sarawak.

Menterinya Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, program melalui Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak (JWKS) itu merangkumi taklimat, latihan kemahiran dan bantuan perniagaan seperti Jelajah Kerjaya Wanita Sarawak, Bantuan Ketua Isi Rumah Wanita Sarawak (KIRWaS) dan Geran Modal Pemerkasaa­n Wanita Sarawak.

“Pelaksanaa­n programpro­gram ini mengupayak­an wanita Sarawak dengan modal perniagaan untuk terlibat dalam bidang keusahawan­an sekali gus meningkatk­an penyertaan wanita dalam sektor ekonomi,” katanya pada Majlis Penyerahan Geran Modal Pemerkasaa­n Wanita Sarawak Bagi Daerah Dalat di sini semalam.

Ahli Dewan Undangan

Negeri (ADUN) Dalat itu berkata, sejak 2022 Jelajah Kerjaya Wanita Sarawak dilaksanak­an di Kuching, Betong, Dalat dan Miri.

“Sebanyak sembilan siri Jelajah Pemerkasaa­n Wanita dan tiga Sesi Libat Urus Bersama Wanita dilaksanak­an oleh JWKS melibatkan seramai 1,136 ahli NGO bagi menyampaik­an maklumat

mengenai perkhidmat­an JWKS.

”Impak jangka panjang Program Jelajah Kerjaya Wanita Sarawak dari segi kedudukan ekonomi wanita di Sarawak adalah memastikan perniagaan diceburi diuruskan dengan baik dan berdaya tahan,” jelasnya.

Beliau juga memberitah­u, seramai 1,218 usahawan

wanita menerima bantuan Ketua Isi Rumah Wanita (KIRWaS) sejak 2022 dan daripada jumlah itu seramai tujuh usahawan wanita adalah dari daerah Mukah dan Dalat.

Menurutnya, bantuan KIRWaS adalah berbentuk tunai RM500 kepada ibu tunggal atau ketua isi rumah wanita yang layak.

“Sukacita dimaklumka­n bantuan itu diteruskan tahun ini dengan peruntukan berjumlah RM300,000 bagi memberi manfaat kepada 600 penerima baharu seluruh Sarawak,” katanya.

Bagi Geran Modal Pemerkasaa­n Wanita Sarawak berjumlah RM2,000 diberi secara ‘one-off’, beliau berkata seramai 40 usahawan wanita di Mukah menerima peralatan sejak awal Januari tahun ini daripada jumlah keseluruha­n penerima seramai 1,274 orang.

Daripada jumlah tersebut, seramai 18 usahawan wanita adalah dari daerah Dalat.

“Pelaksanaa­n Geran Modal Pemerkasaa­n Wanita Sarawak melibatkan kolaborati­f antara JWKS dan Rakan Strategik kalangan NGO Sarawak.

”Terima kasih saya ucapkan kepada Persatuan Ibu Tunggal Sarawak (PITSA) Cawangan Dalat kerana sudi menjadi rakan strategik bagi pelaksanaa­n inisiatif ini untuk daerah Dalat,” jelasnya.

 ?? ?? GERAN: Fatimah (tiga kiri) menyampaik­an geran KIRWaS kepada salah seorang penerima di Dalat, semalam.
GERAN: Fatimah (tiga kiri) menyampaik­an geran KIRWaS kepada salah seorang penerima di Dalat, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia