Utusan Borneo (Sarawak)

Perbanyak program kesedaran dan pendidikan elak penipuan

Sibu adalah salah satu kawasan panas yang melibatkan banyak kes penipuan dalam talian, kata Dr Annuar

- Oleh Watt Zacchaeus Datuk Dr Annuar Rapaee Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembanguna­n Bakat

SIBU: Lebih banyak lagi program kesedaran dan pendidikan berkaitan penipuan dalam talian harus diadakan di sini.

Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembanguna­n Bakat Datuk Dr Annuar Rapaee berkata, ini kerana Sibu adalah salah satu kawasan panas melibatkan banyak kes penipuan dalam talian.

“Semalam (Sabtu) saya diberikan taklimat mengenai kes penipuan dalam talian ini daripada KPD (Ketua Polis Daerah Sibu).

“Sibu sangat terkenal dengan kes scam (penipuan dalam talian) dan menjadi salah satu ‘kawasan panas’ ramai orang kena scam.

“Saya tidak tahu apa sebabnya, saya tak fikir orang Sibu tidak pintar sampai boleh kena scam ditipu oleh segelintir individu,” katanya berucap merasmikan Kempen Kesedaran Penipuan Tawaran Pekerjaan (Job Scam) anjuran Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN) Sibu dengan kerjasama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu dan Jabatan Imigresen Malaysia Sibu di sini semalam.

Hadir sama Pengerusi MTPN Sibu Lucas Lau.

Dr Annuar berpendapa­t mereka menjadi mangsa

Semalam (Sabtu) saya diberikan taklimat mengenai kes penipuan dalam talian ini daripada KPD (Ketua Polis Daerah Sibu).

penipuan ini adalah disebabkan tidak ada pengetahua­n bagaimana berdepan dengan situasi apabila mereka didekati dan mudah terperdaya dengan tawaran-tawaran tertentu.

“Jangan mudah percaya, tiada orang berurusan dengan kita melalui telefon baiknya daripada jabatan mahu agensi kerajaan. Tiada urusan dilakukan melalui telefon,” jelasnya.

Disebabkan tiada pengetahua­n mendalam mengenai cara-cara terkena scam, Dr Annuar berkata hampir setiap hari masyarakat di Sibu menjadi mangsa scam yang sangat mengejutka­n.

“Bagi mengelakny­a, saya rasa perlu ada pengetahua­n, pendidikan, ceramah mengenai ‘Job Scam’ oleh pihak berkaitan agar masyarakat

dapat didedahkan dengan modus operasi scam, justeru mewujudkan kesedaran ramai,” katanya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka itu berharap peserta dapat berkongsi pengetahua­n mereka perolehi daripada kempen ini dengan ahli-ahli keluarga dan rakanrakan bagi kesedaran mengelak gejala scam.

 ?? ?? CENDERAMAT­A: Dr Annuar (tengah) sambil disaksikan Lau (kiri) menyampaik­an cenderamat­a kepada penceramah terlibat pada Kempen Kesedaran Penipuan Tawaran Pekerjaan di Sibu semalam.
CENDERAMAT­A: Dr Annuar (tengah) sambil disaksikan Lau (kiri) menyampaik­an cenderamat­a kepada penceramah terlibat pada Kempen Kesedaran Penipuan Tawaran Pekerjaan di Sibu semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia