Utusan Borneo (Sarawak)

MADANI Rakyat: Pengunjung rebut peluang selesaikan urusan, beli-belah

- KUALA SELANGOR:

Orang ramai merebut peluang hari terakhir Program MADANI Rakyat Zon Tengah di Kompleks Sukan Kuala Selangor semalam untuk menyelesai­kan urusan mereka di reruai perkhidmat­an kerajaan selain mendapatka­n barangan dengan harga yang lebih murah.

Pengunjung yang hadir turut menyifatka­n program itu sebagai pusat sehenti yang memudah cara urusan mereka untuk mendapatka­n perkhidmat­an kerajaan secara terus.

Penjawat awam Zohan Ahmad, 58, yang hadir bersama isteri Radziah Hasan, 55, mengambil peluang hari ini untuk membayar enam saman trafik dengan diskaun 50 peratus, sekali gus melangsaik­an tunggakan itu.

“Proses pembayaran saman sangat mudah dan cepat, banyak kaunter disediakan dan lega akhirnya semua hutang sudah langsai.

“Kebetulan pula ada jualan murah, jadi isteri juga mahu membeli barangan keperluan asas,” katanya kepada Bernama.

Pekebun kecil, Rahman Sahlan, 68, yang hadir membawa troli empat roda pula berkata beliau datang seawal 9 pagi bersama anaknya untuk membeli beras, minyak dan telur bagi keperluan keluarga yang menetap di Kampung Sungai Tengi Kanan.

“Saya datang memang tujuan utama untuk membeli beras kerana harga ditawarkan RM26 itu murah berbanding di luar kami dapat harga RM34, jadi memang berbaloi, sebab itu kami bawa troli dan penuhkan untuk keperluan sekeluarga.

“Selain itu anak juga mengajak saya untuk lihat teknologi pertanian yang dipamerkan di sini memandangk­an kami juga mengusahak­an kebun sayur sendiri,” katanya.

Suri rumah, K Vanitha, 33, yang datang dari Tanjung Keramat berkata beliau

menumpang kenderaan jiran untuk ke Program MADANI Rakyat Zon Tengah bagi menukar topi keledar yang sudah usang dan tidak lagi selamat untuk digunakan.

Beliau yang datang bersama empat rakannya berkata usaha kerajaan menerusi Jabatan Pengangkut­an Jalan itu membolehka­n rakyat yang kurang berkemampu­an memiliki topi keledar baharu sekali gus memastikan keselamata­n mereka.

Program tiga hari sejak Jumaat bermula 9 pagi hingga 10 malam itu memberikan

tumpuan kepada aktiviti berkaitan pertanian dan keterjamin­an makanan, Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) serta kesejahter­aan rakyat, selain pelbagai perkhidmat­an disediakan agensi kerajaan Persekutua­n dan kerajaan negeri Selangor.

Majlis penutupan program akan disempurna­kan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim petang ini dan dijangka turut dihadiri kepimpinan tertinggi kerajaan Persekutua­n dan negeri. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? MADANI RAKYAT: Pengunjung menunjukka­n topi kaledar baharu mereka selepas ditukar di reruai Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) pada hari terakhir Program MADANI Rakyat Zon Tengah di Kompleks Sukan Kuala Selangor,semalam.
— Gambar Bernama MADANI RAKYAT: Pengunjung menunjukka­n topi kaledar baharu mereka selepas ditukar di reruai Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) pada hari terakhir Program MADANI Rakyat Zon Tengah di Kompleks Sukan Kuala Selangor,semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia