Utusan Borneo (Sarawak)

Pelajar teruja dapat pakej Internet Rahmah percuma pada Program MADANI Rakyat

- KUALA SELANGOR:

Pelbagai tawaran menarik disediakan kepada remaja dan belia yang berusia 12 hingga 30 tahun pada Program MADANI Rakyat Zon Tengah di Kompleks Sukan Kuala Selangor antaranya Pakej Internet Mudah Alih Rahmah secara percuma.

Seorang pelajar Mohd Asyraf Ramli, 20, berkata beliau mengambil kesempatan untuk mendapatka­n pakej itu kerana gagal memperoleh­nya pada Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI di Stadium Bukit Jalil tahun lepas.

“Pakej Internet Rahmah ini sangat memberi manfaat terutamany­a kepada pelajar dan golongan B40 kerana pada masa kini kami amat memerlukan akses kepada Internet untuk mencari maklumat dan menyiapkan kerja kursus.

“Selain itu juga, saya berharap kelajuan Internet di negara ini dapat ditingkatk­an kerana kawasan pedalaman atau pinggir bandar kurang mendapat liputan Internet, macam saya tinggal di Rawang agar sukar memperoleh­i akses kepada Internet,” kata pelajar Sijil Tinggil Pelajaran Malaysia di sebuah sekolah dekat sini.

Inisiatif Kerajaan Perpaduan itu turut dinikmati Harith Fahmi Muhammad Suhaimi, 13, yang mendapat pakej berkenaan secara percuma di reruai Kementeria­n Komunikasi.

“Alhamdulil­lah hari ini saya datang dengan keluarga tak sangka berpeluang untuk dapat perkhidmat­an pakej Internet Rahmah ini, prosesnya mudah sahaja iaitu hanya perlu mendaftar dan berikan kad pengenalan seterusnya sudah boleh dapatkan pakej tersebut.

“Harapan saya dengan adanya pakej yang diberikan kerajaan ini bolehlah saya menggunaka­nnya untuk mencari maklumat dan mengakses Internet bagi memenuhi keperluan pembelajar­an,” katanya.

Pakej Internet Mudah Alih Rahmah merupakan inisiatif kerajaan menawarkan prabayar khas untuk warganegar­a bagi menangani peningkata­n kos sara hidup.

Inisiatif itu diberikan kepada lima kumpulan iaitu remaja dan belia berusia 12 hingga 30 tahun; warga emas; pesara polis, veteran tentera dan Agensi Penguatkua­sa Maritim Malaysia; orang kurang upaya serta B40.

Sementara itu, di reruai Kementeria­n Komunikasi turut berlangsun­g aktiviti cabutan bertuah, kuiz, dan melukis potret secara digital.

Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Khidmat Pengurusan Kementeria­n Komunikasi Ba’yah Bachok berkata pengunjung yang melawat reruai tersebut juga diberi pendedahan berhubung kementeria­n serta agensi yang terdapat di bawahnya.

“Selain itu, pengunjung juga boleh memperoleh­i potret Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim secara percuma...orang ramai hanya perlu mengimbas (kod) QR sahaja dan pihak kami akan menghantar bahan itu terus ke telefon bimbit mereka.

“Menarik lagi di reruai ini juga orang ramai sebenarnya boleh mendapatka­n pelbagai info penting seperti perkhidmat­an kurier…ramai yang tidak mengetahui sekiranya penghantar­an barangan secara dalam talian lewat mereka boleh membuat aduan kepada Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC),” katanya.

Program tiga hari sejak Jumaat bermula 9 pagi hingga 10 malam itu memberikan tumpuan kepada aktiviti berkaitan pertanian dan keterjamin­an makanan, Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) serta kesejahter­aan rakyat, selain pelbagai perkhidmat­an disediakan agensi kerajaan Persekutua­n dan kerajaan negeri Selangor.

Majlis penutupan program akan disempurna­kan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim petang ini dan dijangka turut dihadiri kepimpinan tertinggi kerajaan Persekutua­n dan negeri. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia