Utusan Borneo (Sarawak)

PM rasmi Majlis Penutupan Program MADANI Rakyat Zon Tengah

- — Bernama

KUALA SELANGOR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merasmikan Majlis Penutupan Program MADANI Rakyat Zon Tengah di Kompleks Sukan Kuala Selangor di sini, semalam.

Beliau diiringi Menteri Pertanian dan Keterjamin­an Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari dan Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad.

Anwar yang juga Menteri Kewangan menyampaik­an amanat pada majlis petang ini sebelum menyertai sesi Dialog Malaysia MADANI bersama pengunjung yang hadir ke program itu.

Perdana Menteri turut mengajak seorang kanakkanak Maliha Aafiya Abdul Halim, 9, yang berada di atas pentas di sebelah beliau untuk sama-sama merasmikan majlis penutupan itu

“Saya dengan ini merasmikan Program MADANI Rakyat Zon Tengah bersamasam­a dengan Aafiya, boleh Aafiya sebut, dengan ini…,” kata Perdana Menteri.

“Dengan ini saya dengan Tuk Anwar merasmikan

progam Program MADANI Rakyat Zon Tengah,” kata Maliha Aafiya.

Program yang berlangsun­g sejak Jumaat bermula 9 pagi hingga 10 malam itu adalah kesinambun­gan kepada Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI, yang menjadi wadah masyarakat mendapatka­n maklumat tentang 163 perkhidmat­an Kerajaan Persekutua­n, negeri dan

agensi yang berkaitan.

Antaranya, Jualan Mega MADANI dan Agro MADANI, kaunter penguranga­n kadar kompaun saman trafik Polis Diraja Malaysia (PDRM), kaunter pendaftara­n Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan perkhidmat­an bergerak Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) bagi memudahkan orang ramai memperbaha­rui lesen memandu selain penukaran

topi keledar untuk 1,000 pengunjung terawal setiap hari.

Turut disediakan ialah pameran aset kerajaan, perkhidmat­an bergerak seperti pemeriksaa­n dan rawatan pergigian, kempen derma darah, perkhidmat­an kitar semula, perkhidmat­an urutan terapi dan kosmetolog­i serta temu duga terbuka peluang pekerjaan.

 ?? — Gambar Bernama ?? PERASMIAN: Anwar pada sesi bergambar selepas merasmikan Majlis Penutup Program MADANI Rakyat 2024 (Zon Tengah) di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Kuala Selangor, semalam.
— Gambar Bernama PERASMIAN: Anwar pada sesi bergambar selepas merasmikan Majlis Penutup Program MADANI Rakyat 2024 (Zon Tengah) di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Kuala Selangor, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia