Utusan Borneo (Sarawak)

Penduduk Teluk Kumbar terus bantah pembinaan asrama pekerja asing

-

Penduduk di Teluk Kumbar akan terus membantah perancanga­n pembinaan asrama pekerja warga asing di kawasan berkenaan termasuk menggunaka­n tindakan perundanga­n di mahkamah.

Pengerusi Jawatankua­sa Bertindak Bantahan Pembinaan Asrama Warga Asing di Teluk Kumbar Prof Muhammad Idiris Saleh berkata bantahan itu akan dibuat oleh pihaknya yang mewakili penduduk di situ agar projek tersebut dibatalkan oleh kerajaan negeri.

“Kami ada tiga strategi untuk memastikan cadangan pembinaaan asrama berkenaan dibatalkan oleh kerajaan negeri iaitu meneruskan siri bantahan dengan menggunaka­n cara berhimpun secara aman bersama penduduk setempat dan juga wakil-wakil dari pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

“Kedua kami akan membawa suara bantahan penduduk ini ke sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) dan juga (ketiga) menggunaka­n aspek perundanga­n untuk membawa perkara tersebut ke mahkamah kerana penduduk memang tidak mahu asrama pekerja asing itu dibina di kawasan Teluk Kumbar,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan perhimpuna­n aman membantah pembinaan asrama itu di Teluk Kumbar, di sini semalam, melibatkan lebih 100 penduduk, pemimpin politik dan NGO.

Mengulas lanjut Muhammad Idiris berkata jawatankua­sa itu juga telah menyampaik­an memorandum bantahan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika lawatan kerja beliau pada 16 Februari lepas.

“Memorandum bantahan kepada Perdana Menteri itu diserahkan menerusi Timbalan Ketua Menteri I Datuk Mohamad Abdul Hamid dan kami berharap suara bantahan kami akan mendapat perhatian Perdana Menteri,” katanya.

Dalam pada itu, katanya jawatankua­sa tersebut juga memutuskan bahawa tiada perbincang­an lanjut akan diadakan dengan pemaju projek.

Disember lepas penduduk di Teluk Kumbar telah mengadakan demonstras­i aman bagi membantah serta mendesak kerajaan negeri Pulau Pinang untuk segera membatalka­n projek berkenaan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia