Utusan Borneo (Sarawak)

Lima kes sengatan oborobor dalam tempoh dua hari di Pantai Bukit Kluang

- — Bernama

Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu merekodkan lima kes sengatan obor-obor berbisa membabitka­n empat kanakkanak berusia empat hingga 12 tahun dan seorang lelaki di Pantai Bukit Keluang, di sini, pada Jumaat dan Sabtu.

Pengarahny­a, Datuk Dr Kasemani Embong berkata kesemua mangsa termasuk lelaki berusia 33 tahun yang menerima rawatan di Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Besut telah disengat obor-obor dipercayai daripada spesies Physalia Physalis atau dikenali sebagai ‘Portuguese Man of War’.

“Kesemua lima pesakit adalah pengunjung Pantai Bukit Keluang dan telah mendapatka­n rawatan apabila mendapat kesan sakit dan merah di bahagian badan yang terlibat.

“Mangsa termasuk kanakkanak telah dirawat di zon hijau dan didapati kesemua mereka mengalami reaksi setempat di kawasan jari dan pergelanga­n tangan. Kesemua pesakit juga telah dibenarkan pulang setelah pegawai perubatan mendapati keadaan mereka stabil,” katanya ketika dihubungi Bernama semalam.

Menurutnya, mangsa lelaki dewasa itu datang ke hospital berkenaan lewat

malam semalam setelah disengat hidupan marin itu ketika menarik jala ikan di pantai yang sama.

Dr Kasemani berkata mangsa mengalami kesakitan di lengan dan gejala muntah akibat sengatan tersebut namun beliau terpaksa dibenarkan pulang atas risiko sendiri kerana enggan dimasukkan ke wad.

“Sehubungan itu, pengunjung pantai peranginan di negeri ini dinasihatk­an

agar tidak mandi atau bermain air di kawasan yang terdapat spesies obor-obor bahaya ini.

“Sekiranya disengat oborobor yang tidak diketahui spesiesnya, orang ramai dinasihatk­an menggunaka­n air panas dengan julat suhu 45 darjah Celsius selama 30 minit untuk melegakan kesakitan dan segera mengunjung­i fasiliti kesihatan berhampira­n,” katanya.

 ?? — Gambar Bernama ?? MALANG TIDAK BERBAU: Mangsa sengatan obor-obor berbisa, Syed Syahir Rizqullah Tuan Amir Safuan menunjukka­n kesakitan dialaminya sehingga paras bahu selepas memegang seekor obor-obor ketika ditemui di rumahnya di Kampung Tok Has di Jertih, semalam. Kanak-kanak tersebut terkena sengatan oborobor selepas memegang objek yang tidak dikenaliny­a kerana tertarik dengan warna kebiruan obor-obor itu ketika berkelah bersama ahli keluargany­a di pantai Beting Lintang Sabtu minggu lepas.
— Gambar Bernama MALANG TIDAK BERBAU: Mangsa sengatan obor-obor berbisa, Syed Syahir Rizqullah Tuan Amir Safuan menunjukka­n kesakitan dialaminya sehingga paras bahu selepas memegang seekor obor-obor ketika ditemui di rumahnya di Kampung Tok Has di Jertih, semalam. Kanak-kanak tersebut terkena sengatan oborobor selepas memegang objek yang tidak dikenaliny­a kerana tertarik dengan warna kebiruan obor-obor itu ketika berkelah bersama ahli keluargany­a di pantai Beting Lintang Sabtu minggu lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia