Utusan Borneo (Sarawak)

NGO terus bantah cadangan pembanguna­n di KSAS

-

KOTA BHARU: Cadangan rancangan pembanguna­n di Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS) oleh kerajaan Kelantan terus mendapat bantahan daripada pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang bimbang akan berlakunya kerosakan alam sekitar.

Wakil Sahabat Alam Malaysia (SAM) Meor Razak Meor Abd Rahman berkata pihaknya membantah KSAS disebabkan bercanggah dengan Rancangan Pembanguna­n Perancanga­n Fizikal di peringkat nasional.

Beliau berkata cadangan berkenaan perlu diselaras dan diperincik­an di peringkat perancanga­n wilayah atau negeri melalui Rancangan Struktur Negeri (RSN), Rancangan Tempatan (RT) dan Rancangan Kawasan Khas (RKK).

Menurut Meor Razak pada masa sama, keputusan untuk memajukan KSAS juga dilihat tidak membantu kerajaan yang selama ini mahu semua negeri melindungi kawasan sedia ada dalam Seksyen 6B(5) Akta Perancanga­n Bandar dan Desa 1976 (Akta 172).

“Selain itu, masih terdapat kawasan berkepenti­ngan biodiversi­ti terutamany­a hutan paya laut di Kelantan khususnya di daerah Pasir Puteh yang kemungkina­n terjejas,” katanya kepada pemberita selepas sesi Pendengara­n Bagi Cadangan Pengubahan Rancangan Pemajuan Di Negeri Kelantan di Kota Darul Naim di sini sermalam.

Sesi pendengara­n itu turut dihadiri wakil Persatuan Aktivis Sahabat Alam (KUASA), Persatuan Pecinta Alam Malaysia (MNS), Persatuan Pecinta Alam Malaysia Cawangan Kelantan, Jaringan Kampung Orang Asli Semenanjun­g (Jaringan) dan Persatuan Cakna Alam Kelantan.

Sementara itu, Pengerusi KUASA Hafizudin Nasarudin berkata cadangan untuk memajukan rancangan pembanguna­n KSAS perlu dipertimba­ngkan kerajaan negeri kerana ia membabitka­n kawasan perkampung­an Orang Asli.

“Kawasan sensitif ini jika dibangunka­n bakal memberi ruang kepada aktiviti yang tidak sesuai termasukla­h penebangan balak.

“Keadaan itu sekali gus menjejaska­n kawasan Orang Asli mencari sumber hutan,” katanya.

Beliau berkata sekiranya keadaan sudah tidak terkawal, berkemungk­inan banyak lagi eksploitas­i akan berlaku secara besar-besaran. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia