Utusan Borneo (Sarawak)

Dua lelaki maut dalam kemalangan motosikal

Seorang lagi cedera parah dalam kemalangan berasingan membabitka­n tiga motosikal di Keningau

- Oleh Hamzah Sanudin

Sebaik tiba di lokasi, mangsa dipercayai gagal mengawal motosikaln­ya lalu terbabas ke sebelah kanan bahu jalan.

KENINGAU: Dua lelaki maut manakala seorang lagi cedera parah dalam kemalangan berasingan membabitka­n tiga motosikal di Jalan Sook Tulid di sini, semalam.

Dua mangsa yang maut dalam kejadian itu adalah penunggang motosikal jenis Honda 110 dan penunggang motosikal jenis Honda FS150FJ.

Manakala penunggang motosikal jenis 118CC lelaki berusia 23 tahun pula cedera di bahagian muka dan badan.

Ketua Polis Daerah Keningau Superinten­den Yampil Garai berkata, kemalangan pertama berlaku pada jam 12.15 tengah malam di Kilometer 3, Jalan Sook Tulid.

Katanya, siasatan di tempat kejadian mendapati penunggang motosikal Honda 110CC dari arah Sook menuju ke Tulid.

“Sebaik tiba di lokasi, mangsa dipercayai gagal mengawal motosikaln­ya lalu

Superinten­den Yampil Garai Ketua Polis Daerah Keningau

terbabas ke sebelah kanan bahu jalan.

“Mangsa cedera parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan di lokasi kejadian,” katanya ketika dihubungi semalam.

Menurutnya, kemalangan kedua membabitka­n dua penunggang motosikal jenis Honda FS150FJ dan 118CC, yang berlaku di kilometer 5 Jalan Sook Tulid, kira-kira jam 2 pagi.

“Siasatan di tempat kejadian mendapati motosikal 118CC dari arah Sook menuju ke Tulid manakala penunggang motosikal Honda dari arah sama di belakang motosikal 118CC.

“Sebaik tiba di lokasi, kedua-dua mangsa berkenaan dipercayai gagal mengawal motosikal yang ditunggang selepas melalui selekoh dan terbabas,” katanya.

Yampil berkata, akibat kejadian itu, penunggang motosikal Honda parah di bahagian kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Seorang lagi penunggang cedera di muka dan badan sebelum dihantar ke Hospital Keningau untuk rawatan lanjut.

“Proses bedah siasat dijalankan semalam dan kedua-dua kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkut­an Jalan (APJ) 1987,” katanya.

 ?? ?? MAUT: Salah seorang penunggang motosikal yang maut dalam kemalangan berkenaan.
MAUT: Salah seorang penunggang motosikal yang maut dalam kemalangan berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia