Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan akan perkenal program pertanian bersasar di bandar: PM

Program di Singapura wajar dicontohi, permulaan di Kuala Lumpur

- — Bernama

Di samping kita teruskan usaha sedia ada bidang pertanian, kita juga perlu tumpukan kepada pengeluara­n pertanian di bandar dengan fokus kepada penglibata­n golongan miskin bandar.

KUALA SELANGOR: Kerajaan akan memperkena­l program pertanian bersasar di bandar sebagai anjakan kepada pengeluara­n hasil pertanian negara.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kejayaan program pertanian bandar di negara jiran Singapura wajar diteroka serta dicontohi di kawasan kekurangan tanah di bandar dan pinggir bandar dengan permulaan di Kuala Lumpur.

Beliauberk­ataKemente­rian Pertanian dan Keterjamin­an Makanan dan kementeria­n lain bersama agensi berkaitan diberi tempoh sebulan untuk mengemukak­an perancanga­n yang sesuai bagi program itu.

“Di samping kita teruskan usaha sedia ada bidang pertanian, kita juga perlu tumpukan kepada pengeluara­n pertanian di bandar dengan fokus kepada penglibata­n golongan miskin bandar.

“Saya juga minta menteri (berkaitan) meneliti perkara ini termasuk menyediaka­n peruntukan tambahan khas dalam bidang ini bagi meningkatk­an kegiatan pertanian di bandar,” katanya semasa sesi dialog Malaysia MADANI pada Program MADANI Rakyat Zon Tengah di Kompleks Sukan Kuala Selangor di sini semalam.

Terdahulu, Anwar merasmikan majlis penutup program itu yang berlangsun­g selama tiga hari sejak Jumaat.

Turut hadir Menteri Pertanian dan Keterjamin­an Makanan Datuk Seri Mo

hamad Sabu, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari, Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad serta barisan Menteri Kabinet.

Menyentuh mengenai penyasaran subsidi, Perdana Menteri berkata langkah yang bakal diumum oleh kerajaan tidak akan membebanka­n rakyat terutama kumpulan B40 dan M40.

“Kalau kita naikkan (harga) minyak mentah atau minyak masak, katakan RM2, kita tidak bebankan pengguna. Maknanya, B40 dan M40 tidak perlu bayar tambahan kerana kita masukkan dalam akaun mereka.

“... jadi, daripada Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kita bagi RM20 (kepada kumpulan B40 dan M40). Jangan bimbang, harga minyak sama bagi kumpulan ini,” katanya.

Perdana Menteri berkata pendekatan itu dapat menyelamat­kan

berbilion ringgit kerana sejumlah 3.5 juta warga asing di negara ini dan golongan maha kaya turut menggunaka­n subsidi diberikan kerajaan ketika ini.

“Kalau kita tidak tukar cara kita bagi subsidi untuk bantu rakyat, dari segi minyak katalah sekarang ini diesel kemudian RON95 yang kita bagi itu, orang asing juga dapat subsidi kerajaan tetapi dia tidak bayar cukai, kemudian maha kaya pun dapat.

“Saya kata tak boleh ke kita fikir cara lain, kalau naik RM1, RM2 harga minyak tetapi kita tampung balik…masukkan (subsidi bersasar) dalam akaun rakyat kategori B40 dan M40,” katanya sambil menambah penyasaran subsidi akan dapat membantu dan tidak menjejaska­n 80 peratus rakyat Malaysia.

Beliau turut mengingatk­an rakyat supaya tidak mudah dihasut mahupun panik jika kerajaan memperkena­l pendekatan

Datuk Seri Anwar Ibrahim

Perdana Menteri penyasaran subsidi kerana ia mungkin dijadikan isu besar oleh pembangkan­g.

Anwar juga menyeru supaya bidang kejurutera­an dalam Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) yang dilihat mampu menarik pelabur asing serta membuka peluang pekerjaan dipertingk­at.

“Kita dapati berdasarka­n pelabur besar seperti Google dan (Kumpulan Zhejiang) Geely (Holding) mengatakan mereka senang dengan lulusan TVET serta jurutera kita tetapi mereka merasakan ada sedikit kekurangan di peringkat tertinggi dalam bidang IT dan kejurutera­an, maknanya program latihan kita mesti diubah suai,”

 ?? — Gambar Bernama ?? MELAWAT: Anwar hadir dan melawat reruai Jualan Agro dan Madani pada Program MADANI Rakyat Zon Tengah di Kompleks Sukan Kuala Selangor, semalam.
— Gambar Bernama MELAWAT: Anwar hadir dan melawat reruai Jualan Agro dan Madani pada Program MADANI Rakyat Zon Tengah di Kompleks Sukan Kuala Selangor, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia