Utusan Borneo (Sarawak)

PM ingatkan Ahli Parlimen kerajaan jaga etika dan kualiti perbahasan

- KUALA LUMPUR:

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatk­an semua Ahli Parlimen kerajaan supaya menjaga tatasusila dan kualiti perbahasan mereka sepanjang persidanga­n Dewan Rakyat yang bermula hari ini.

Menerusi hantaran di laman Facebook, Perdana Menteri berkata beliau menegaskan perkara itu ketika hadir pada sesi taklimat prapersida­ngan Dewan Rakyat bersama barisan Jemaah Menteri, Timbalan-Timbalan Menteri dan seluruh Ahli Parlimen Kerajaan MADANI di Putrajaya semalam.

“Dalam amanat, saya tegaskan supaya semua

Ahli Parlimen kerajaan memastikan kualiti perbahasan dan menjaga tatasusila sepanjang persidanga­n Dewan Rakyat berlangsun­g hingga 27 Mac depan.

“Ahli-Ahli Parlimen turut diberi taklimat berkaitan perjalanan Parlimen oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said,” katanya sambil menambah persidanga­n kali ini juga akan menjadi ruang kepada semua Ahli Parlimen menyentuh pelbagai isu semasa yang mendesak terutama membabitka­n kepentinga­n rakyat.

Pada Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama

Penggal Ketiga Parlimen ke-15 hari ini, tumpuan terarah kepada titah sulung Sultan Ibrahim selepas baginda dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong pada 31 Jan lepas.

Berdasarka­n takwim di laman rasmi Parlimen, persidanga­n kali ini akan berlangsun­g selama 19 hari dengan tumpuan kepada perbahasan Titah Diraja oleh Ahli-Ahli Parlimen dari 27 Feb hingga 7 Mac diikuti jawapan daripada kementeria­n berkaitan selama empat hari bermula 11 Mac.

Persidanga­n kemudian akan diteruskan dengan pembentang­an rang undang-undang. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia