Utusan Borneo (Sarawak)

PM beri tempoh hingga 20 Mac kepada KPKM, NACCOL muktamad harga padi, beras

-

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi tempoh hingga 20 Mac depan kepada Kementeria­n Pertanian dan Keterjamin­an Makanan (KPKM) serta Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) untuk memuktamad­kan isu harga padi dan beras.

Beliau berkata penetapan harga barangan asas itu memerlukan sedikit masa untuk dimuktamad bagi mengimbang­i keperluan pengguna dan pesawah supaya kedua-dua kumpulan tidak terbeban.

“Bila main soal dasar, nak tetapkan dasar, harga padi umpamanya, itu kita harus sabar sekejap, ikut proses sebelum kita muktamadka­n dan saya sudah bercakap sendiri dengan pihak Bernas dalam mesyuarat NACCOL baru-baru ini supaya mencari jalan (kurangkan) import beras manakala pengeluara­n tempatan dinaikkan.

“Dia ada masalah, naik (harga dan ini akan beri) beban kepada pengguna, tak naik (harga dan ini akan beri) beban kepada pesawah, jadi bagaimana nak imbangi kedua-duanya kerana pesawah adalah antara kelompok yang miskin di negara kita.

“Rakyat umumnya mahu harga beras turun atau terkawal, pesawah mahu hasil mereka itu dinilai,” katanya pada majlis penutup Program MADANI Rakyat Zon Tengah di Kompleks Sukan Kuala Selangor semalam.

Anwar berkata bagi mengurangk­an beban rakyat sementara menunggu harga barang seperti beras dimuktamad, beliau telah mengarahka­n Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup untuk meningkatk­an Jualan Rahmah serta Jualan Agro MADANI.

“Bagi masalah yang dibangkitk­an oleh rakyat seperti kos sara hidup, barang makanan, harga beras, sayur, ikan dan daging, ada langkah-langkah yang diambil… sebab itu ada Jualan Agro MADANI, Jualan Rahmah...

“Jadi, itu yang kita lakukan sedaya upaya dan saya ucap terima kasih kepada semua jentera kerajaan, pegawaipeg­awai dan pengusaha serta peniaga kecil yang menjayakan program membantu masyarakat,” kata beliau.

Perdana Menteri turut menjelaska­n bahawa sebarang keputusan dasar yang dibuat oleh negara adalah untuk kepentinga­n Malaysia dan rakyat serta tidak dipengaruh­i oleh mana-mana negara.

Anwar berkata perkara itu ditegaskan beliau dalam laporan sebuah akhbar di London iaitu Financial Times ketika disoal mengenai dasar Malaysia yang mirip ke arah China.

“Kita berkawan dengan semua, dengan barat, dengan timur, dengan Amerika, dengan China tetapi jangan mana-mana negara nak arah kita, kamu boleh kawan dengan orang negara ini, kamu jangan kawan dengan orang negara itu.

“Negara ini merdeka dan berdaulat serta bebas menentukan dasar kita,” kata beliau. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia