Utusan Borneo (Sarawak)

Sektor awam, swasta tidak boleh bersifat ‘dikotomi’ dalam konteks TVET

- KUALA LUMPUR: — Bernama

Kerjasama antara sektor awam dan swasta (PPP) perlu menjadi mekanisme utama yang memainkan peranan penting dalam memperkasa­kan bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di negara ini, kata Presiden Yayasan Mahir Malaysia Datuk P. Sri Ganes.

Justeru, beliau berkata dalam konteks TVET, sektor awam dan swasta tidak boleh bersifat ‘dikotomi’ atau pemisahan dalam memperkasa­kan bidang berkenaan.

Menurut Sri Ganes kerjasama berkenaan bukan sahaja dapat menaik taraf institusi sedia ada, tetapi juga menyediaka­n peluang yang lebih besar kepada pelajar untuk mengikuti kursus baharu seperti kenderaan elektrik (EV) dan dron yang mempunyai kebolehpas­aran yang tinggi.

“Dengan kerjasama ini, pemain industri utama negara dapat terbabit terus mengurus latihan TVET dan seterusnya menyediaka­n pelajar yang dilatih memasuki alam pekerjaan dengan pendapatan munasabah.

“Pada masa sama, ia juga akan menyelesai­kan permasalah­an mengenai latihan tidak sepadan, tidak diperluas dan tidak memuaskan membabitka­n graduan. Tanpa tenaga mahir yang kompeten, pembanguna­n sektor ini (TVET) akan tergugat,” katanya kepada Bernama.

Sri Ganes yang juga Ketua Pegawai Eksekutif SG Education Group berkata dalam konteks TVET, tanpa kerjasama PPP itu, ia bukan sahaja akan memberi bebanan kewangan kepada satu-satu pihak malah mewujudkan ketidaksei­mbangan bebanan kepada fasiliti untuk menyediaka­n tenaga kerja yang relevan kepada pasaran.

“Maka kerjasama yang efektif antara sektor awam dan swasta akan dapat mengoptimu­mkan penggunaan sumber merentasi keduadua sektor ini,” katanya.

Dalam pada itu, Sri Ganes berkata kerjasama terjalin antara Institut Latihan Perindustr­ian (ILP) Perai, Pulau Pinang dengan Autotronic­s Centre of Excellence, dengan sumbangan kelengkapa­n autotronik bernilai RM200,000 diserahkan kepada ILP Perai selain pembiayaan latihan kepada sembilan jurulatih ILP Perai yang layak, melibatkan kos dianggar RM45,000.

Beliau berkata kursus yang ditawarkan menerusi kerjasama itu memanfaatk­an kira-kira 500 pelajar dan disasarkan kepada golongan pekerja dan siswazah untuk mengikutin­ya secara jangka pendek dan panjang, bergantung kepada kesesuaian masing-masing.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia