Utusan Borneo (Sarawak)

Mayat Navalny diserahkan kepada ibunya

-

Mayat mendiang ketua pembangkan­g Rusia Alexei Navalny telah diserahkan kepada ibunya, lebih seminggu selepas dia meninggal dunia di sebuah koloni penjara Artik, menurut jurucakapn­ya kelmarin.

Navalny, pengkritik Presiden Vladimir Putin yang paling lantang bersuara, meninggal dunia pada 16 Februari dalam salah satu daripada penjara paling teruk di Rusia di utara Siberia, di mana dia telah menjalani hukuman 19 tahun atas tuduhan yang dilihat secara meluas sebagai hukuman setimpal politik bagi tentangann­ya.

“Mayat Alexei telah diserahkan kepada ibunya. Terima kasih kepada semua mereka yang membantu kami,” jurucakap Navalny Kira Yarmysh berkata menerusi X, terdahulun­ya dikenali sebagai Twitter.

Pada minggu lepas, pihak berkuasa Rusia telah menolak untuk memberikan kebenaraan kepada Lyudmila Navalnaya menuntut mayat anak lelakinya, selepas beliau pergi ke pekan Salekhard di wilayah Yamalo-Nenets, penempatan paling hampir dengan kawasan penjara di mana Navalny meninggal dunia.

Pada Jumaat pasukan Navalny menyatakan mereka telah memfailkan satu tuntutan undang-undang bagi

mendapatka­n mayat tersebut, menyatakan bahawa pihak penyiasat tempatan telah mengancam akan mengebumik­an dia di kawasan penjara sekiranya ibunya tidak bersetuju untuk diadakan pengebumia­n secara “rahsia”.

Yarmysh menyatakan rancangan bagi pengebumia­n adalah masih belum jelas.

“Lyudmila Ivanovna masih

berada di Salekhard. Upacara pengebumia­n masih lagi tertunda. Kami tidak mengetahui sekiranya pihak berkuasa akan campur tangan dalam melakukann­ya seperti yang diingini oleh keluargany­a dan seperti mana yang layak untuk Alexei,” kata beliau.

Pasukannya menyatakan sebelum ini Kremlin telah cuba untuk menyekat upacara

pengebumia­n umum, yang akan bertukar menjadi satu pertunjuka­n sokongan bagi pergerakan Navalny dan tentangann­ya terhadap Putin.

Pemimpin Rusia, yang tidak pernah menyebut nama Navalny di depan umum, tidak memberikan komen mengenai kematian pengkritik paling lantangnya itu. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? DALAM INGATAN: Lilin diletakkan di sebelah potret ketua pembangkan­g Rusia Alexei Navalny yang meninggal dunia di koloni penjara Artik, baru-baru ini.
— Gambar AFP DALAM INGATAN: Lilin diletakkan di sebelah potret ketua pembangkan­g Rusia Alexei Navalny yang meninggal dunia di koloni penjara Artik, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia